Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 March 2014

MH370 - Polis siasat punca sebenar tragedi - Najib






Najib Tun Razak melihat buku 'Outreach & Engagement' selepas melancarkannya sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-207 di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Khalid Abu Bakar (kanan). - UTUSAN/Abdul Razak Latif.

KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370.

Menurut Perdana Menteri, kejadian berkenaan merupakan satu tragedi yang amat besar dan menyayat hati rakyat negara ini dan seluruh dunia.

"Malaysia mesti dilihat dengan komitmen dan tahap profesionalisme dalam semua aspek termasuk siasatan apa yang sebenarnya telah berlaku.

"Kita tidak mungkin dapat jawapan yang tuntas melainkan memperoleh kotak hitam tetapi siasatan-siasatan lain perlu dilakukan kerana keluarga mangsa pesawat mahu kepada jawapan dan mereka mahu segera," katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-207 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Menurut Najib, tragedi menimpa pesawat MH370 merupakan antara cabaran luar dugaan yang perlu didepani pasukan polis dalam abad ke-21.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat supaya memberi sokongan dan memainkan peranan aktif dalam membantu polis mengurangkan kadar jenayah serta mengekalkan keamanan negara.

Beliau berkata, walaupun soal kesejahteraan, keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian merupakan bidang polis, namun semua itu tidak dapat direalisasikan tanpa dokongan serta sokongan rakyat.

Umpamanya, kata Perdana Menteri, bagaimana seorang yang bekerja sebagai perancang bandar dan wilayah boleh mengolah struktur bandar berkenaan agar mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Perdana Menteri turut meminta polis menguruskan persepsi rakyat terhadap jenayah agar seiring dengan trend penurunan indeks jenayah seperti ditunjukkan tahun lalu yang menurun sebanyak 4.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, selepas majlis perbarisan berkenaan, Najib melancarkan buku Jangkauan dan Penglibatan (Outreach & Engagement) yang diterbitkan oleh Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_03/Polis-siasat-punca-sebenar-tragedi---Najib#ixzz2x1vGqskA  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: