Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 24 March 2014

Radar gagal kesan sebarang petanda






JURUTERBANG Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Leftenan Conan Brett mengendalikan pesawat C-130J Hercules ketika operasi mencari MH370 di sekitar selatan Lautan Hindi, semalam. - AFP/KEMENTERIAN PERTAHANAN AUSTRALIA

SYDNEY 21 Mac - Australia hari ini menyatakan radar negara itu gagal mengesan sebarang petanda pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan dua objek terapung di selatan Lautan Hindi.

Ketua Divisyen Tindak Balas Kecemasan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (ASMA), John Young berkata, pihaknya kini menggunakan pemerhati berkemahiran untuk mengesan sebarang objek atau serpihan di kawasan terbabit.

"Kami menukar kepada pendekatan visual selepas penggunaan radar semalam gagal mengesan sebarang petanda.

"Pesawat akan terbang rendah, pemerhati terlatih dan mempunyai kemahiran tinggi akan melihat keluar dan mencari objek-objek berkenaan," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu juga memerlukan pesawat terbang dengan lebih rapat antara satu sama lain.

"Kami akan memerlukan lebih banyak pesawat untuk melaksanakan pendekatan ini," katanya.

Beliau berkata, lima pesawat terlibat dalam operasi itu hari ini termasuk tiga buah RAAF Australia P3C Orion, sebuah jet korporat dan pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) P8 Poseidon.

"Cuaca baik ketika melakukan operasi tersebut, namun setakat ini tidak menemui apa-apa," katanya. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_04/Radar-gagal-kesan-sebarang-petanda#ixzz2wqH5DBsz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: