Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 March 2014

PARLIMEN - Anwar perlu terima hakikat bukan TPM lagi


BILA BEKAS BANDUAN PERASAAN DIA BERKUASA DI MALAYSIA... MAAF CAKAPLAH, RAKYAT JEPUN TAK KENAL PUN SIAPA DIA ANWAR... TAPI DIA POPULAR PASAL APA YA....?

KUALA LUMPUR 20 Mac - Semua pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima hakikat bahawa bukan semua negara mengiktiraf seseorang itu sebagai yang berhormat atau honourable.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin sehubungan itu berkata, mereka yang ingin memasuki sesebuah negara lain tertakluk kepada undang-undang dan kebenaran negara terlibat.

Katanya, pengecualian hanya diberi kepada pemegang pasport diplomatik termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Dahulu Ketua Pembangkang ini adalah Timbalan Perdana Menteri, sebab itu dia boleh masuk ke negara yang dibenarkan mengikut pasport diplomatik yang ada.

"Hari ini, kalau sudah tiada pasport itu, dia sudah jadi rakyat biasa macam kita ini. Sudah tiada lagi imuniti dan sebab itu (Anwar) perlu ikut perundangan sedia ada," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PKR-Bukit Katil) berhubung peranan kementerian dalam memberi pandangan kepada imigresen negara asing bagi menghalang seseorang individu atau tokoh politik memasuki negara tersebut seperti yang dialami Anwar di Jepun, baru-baru ini.

Januari lalu, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun kerana gagal mengemukakan visa perjalanan seperti diperuntukkan negara itu di bawah Perkara 5 (iv) Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen berikutan status Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai bekas banduan sebelum dibenarkan memasuki negara matahari terbit itu pada 26 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Hamzah memberitahu, Anwar menerima jemputan semula untuk masuk ke Jepun pada Februari atas bantuan kementerian.

Beliau berkata, pihaknya bersedia membantu rakyat mahupun tokoh politik di negara ini untuk masuk ke mana-mana negara tetapi perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.

"Bagaimana kita hendak bantu kalau dah balik baru beritahu? Bagaimanapun, apabila jemputan sekali lagi dibuat dan kita mengetahuinya maka setiap hari kita telefon (Kedutaan Besar Jepun).

"Kita lakukan itu sebab kita tahu Ketua Pembangkang ini hebat orangnya, kita mahu dia ke Jepun dan bagi ucapan yang baik di sana dan menjaga maruah negara.

"Sebab itu, kita beri bantuan dan kita telefon Kedutaan Besar Jepun dan beritahu dan memastikan ada surat. Mereka kata surat sudah sampai dan kita minta berikan kelulusan secepat mungkin," katanya.

Kenyataan Hamzah itu menyebabkan Anwar bangun dan mendakwa beliau tidak pernah menulis surat kepada Kementerian Luar Jepun untuk membenarkannya masuk ke negara itu dan mendakwa UMNO sebagai 'kaki penipu'.

"Kalau Kementerian Luar kata bagi kerjasama, terima kasih, tak ada masalah tapi jangan mengelirukan Dewan kata kita minta permohonan khas, bohong tak ada kelulusan khas daripada Kementerian Luar Jepun," kata Anwar.

Bagaimanapun, Hamzah dengan tenang menjawab dakwaan Anwar dengan berkata: "Perkara ini tiada kena mengena langsung dengan UMNO. Sebab itu saya nak jelaskan apa yang saya sebut tadi adalah daripada penerangan yang telah diberi kepada Kementerian Luar daripada Kedutaan Besar Jepun, itu yang saya baca," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140321/pa_02/Anwar-perlu-terima-hakikat-bukan-TPM-lagi#ixzz2wYTv1hCI  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : FIKIR SENANG AJELAH...SEMUA SALAH UMNO...HIHIHIHIHHIII

No comments: