Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 March 2014

MH370: Objek dari imej satelit belum sah serpihan pesawat


Oleh AZRUL NAIMI





SEPANG 20 Mac - Imej dua objek yang dirakam menggunakan satelit Australia di Lautan Hindi, masih belum dapat disahkan sebagai berasal daripada pesawat MH370 yang masih hilang sejak 13 hari lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Australia sedang berusaha keras untuk mengenal pasti sama ada objek berkenaan mempunyai sebarang kaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Usaha kini (termasuk menghantar pesawat dan kapal ke lokasi) sedang dijalankan untuk mengesan dan mengenal pasti dua objek tersebut," kata Hishammuddin pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kawasan Laut Hindi diketuai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dengan bantuan daripada pasukan bersenjata Australia, tentera laut New Zealand dan tentera laut Amerika Syarikat.

"Empat buah pesawat, termasuk sebuah P-8 Poseidon milik Amerika telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk mengenal pasti dan menanda kawasan objek itu berada," katanya

Sebuah kapal, HMAS Success turut dalam perjalanan ke kawasan demikian untuk mendapatkan objek berkenaan, namun hanya akan tiba ke situ dalam masa beberapa hari lagi.

Hishammuddin berkata, kerajaan Australia pagi tadi memaklumkan kerajaan Malaysia mengenai penemuan imej satelit mengenai dua objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370.

Objek terapung itu, katanya, berada di 2,500 kilometer dari Perth, Australia di Lautan Hindi.

Misteri kehilangan pesawat MH370 milik MAS sudah masuk hari ke-13, dan Hishammuddin berkata, penemuan berkenaan merupakan satu petunjuk penting dalam merungkai nasib sebenar pesawat berkenaan dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapalnya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140320/dn_46/MH370-Objek-dari-imej-satelit-belum-sah-serpihan-pesawat#ixzz2wYg7iGBo  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: