Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 24 March 2014

HOKI - Malaysia gagal saingi Australia


Oleh SAYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my






Pasukan Australia meraikan kejayaan menjulang kejuaraan pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas menewaskan Malaysia 8-3 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, semalam.

IPOH - Australia nyata berada pada kelas tersendiri apabila mengekalkan trofi Hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan membelasah Malaysia 8-3 di Stadium Azlan Shah di sini semalam.

Ia merupakan kejuaraan kelapan Australia selepas 1983, 1998, 2004, 2005, 2007, 2011 dan 2013. Bagi skuad kebangsaan, ia satu lagi final yang menghampakan setelah tumpas kepada lawan yang sama 2-3 , tahun lalu.

Semangat pemain negara untuk mencipta kejutan bagaikan direntap apabila ketinggalan 0-3 setakat pertengahan babak pertama. Biarpun cuba memberi tentangan dan merapatkan jurang 1-3 menerusi gol Shahril Saabah di babak pertama, ia tidak banyak membantu.

Harapan 15,000 peminat untuk melihat Malaysia bangkit pada babak kedua pada mulanya tampak menjadi kenyataan selepas Rashid Baharom menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-40.

Namun Australia menambah lima lagi gol untuk menyerlahkan jurang di antara kedua-dua pasukan. Trofi kepada pemenang disampaikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140324/su_02/Malaysia-gagal-saingi-Australia#ixzz2wrGzeduI  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

No comments: