Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 26 March 2014

SELANGOR MAJU - Catuan bekalan air hingga 31 Mac, atau dilanjutkan - SAMPAI BILA????






KUALA LUMPUR 25 Mac - Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dan ketiga di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya diteruskan sehingga 31 Mac ini, atau dilanjutkan.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata, ini kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan tiada aliran air tambahan di Sungai Selangor.

"Bagaimanapun, pihak SYABAS masih menunggu keputusan lanjutan catuan air daripada pihak kerajaan negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, catuan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat di peringkat pertama dan ketiga akan terus dilakukan mengikut jadual berdasarkan pelan catuan sebelum ini.

Oleh itu, Priscilla berharap pengguna memandang serius perkembangan terkini situasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata, pelan catuan peringkat pertama dan ketiga di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dilaksana pada 27 Feb dan 10 Mac 2014.

Pelan catuan peringkat ketiga adalah gabungan pelan kedua dan ketiga.

"Pelan catuan bekalan air peringkat pertama dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat melibatkan beberapa kawasan di wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," katanya.

Priscilla berkata, SYABAS dimaklumkan oleh syarikat operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd bahawa LRA Cheras Batu 11 yang beroperasi mulai 17 Mac lepas telahpun menghentikan operasi sejak 2 petang ini.

"Ini berikutan kandungan ammonia di LRA Cheras Batu 11 telahpun meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat hari lepas.

"Bacaan paras ammonia sehingga 2 petang hari ini adalah pada tahap 4.2 part per juta (ppm) iaitu melebihi paras kandungan yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya.

Beliau berkata, LRA Bukit Tampoi sehingga 2 petang ini masih beroperasi seperti biasa disebabkan paras ammonia masih di tahap yang dibenarkan.

Priscilla juga berkata pelan catuan bekalan air peringkat ketiga dilaksana di kawasan Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Shah Alam.

"Ini adalah ekoran pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates seperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140325/dn_46/Catuan-bekalan-air-hingga-31-Mac-atau-dilanjutkan#ixzz2x1iLqwjv  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : Oleh itu, Priscilla berharap pengguna memandang serius perkembangan terkini situasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. ( KAU ORANG YANG BERPOLITIK MACAM GAMPANG KENAPA PENGGUNA YANG DISALAHKAN - ADA KES TAK RAKYAT SAMAN KERAJAAN NEGERI - KEMUDAHAN ASAS UNTUK RAKYAT PUN GAGAL NAK DI SEDIAKAN...)

No comments: