Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 27 March 2014

Kes saman fitnah Anwar-Nalla diteruskan


Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my




PUTRAJAYA 26 Mac - Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Ketua Pembangkang itu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan dalam kes tersebut.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan bahawa terdapat beberapa isu dalam pembelaan Nallakaruppan yang perlu dibuktikan melalui perbicaraan.

Panel terbabit turut memutuskan bahawa Anwar perlu membayar kos RM20,000 kepada bekas rakan permainan tenis beliau itu.

Yang turut bersidang ialah Tan Sri Suriyadi Hakim, Datuk Hasan Lah, Datuk Seri Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar selaku plaintif memfailkan saman terhadap Nallakaruppan yang dinamakan sebagai defendan.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, defendan pada 23 Ogos tahun yang sama, telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan dalam akhbar Mingguan Malaysia artikel bertajuk, Didakwa terima RM60 juta dan dalam akhbar Sinar Harian bertajuk, Anwar terima RM60 juta.

Kata-kata itu bagi plaintif, merupakan fitnah yang menggambarkan atau membawa maksud biasa dan semula jadi antaranya, plaintif telah terlibat dalam aktiviti korup, tidak jujur dan telah melakukan perbuatan jenayah serius di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 serta undang-undang lain di Malaysia.

Plaintif mendakwa tindakan defendan telah didorong oleh niat jahat dan menyebabkan reputasinya terjejas.

Menurut plaintif, defendan berbuat demikian untuk mendapatkan kelebihan melalui penerbitan tersebut dan penerbitan semula pernyataan itu untuk pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang berlangsung pada 26 Ogos 2008.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nallakaruppan mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Apabila Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam pada 19 Jun 2012 bertindak membatalkan pembelaan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu selepas membenarkan permohonan Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 21 Januari 2013 berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140327/ma_01/Kes-saman-fitnah-Anwar-Nalla-diteruskan#ixzz2x7SJyf00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: