Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 20 March 2014

MH370: Operasi SAR terbesar dalam sejarah dunia






SEBUAH pesawat P-3C Orion bersedia untuk berlepas dari Pangkalan Udara North Island di California dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. - REUTERS

SEPANG 19 Mac - Usaha mengesan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 telah menjadi antara operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan dalam sejarah dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kuala Lumpur menghargai bantuan daripada semua negara terlibat dan menggambarkan kerjasama itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

"Ini mungkin merupakan perkongsian maklumat satelit dan mobilasi aset dan armada paling besar yang pernah dilakukan dalam situasi yang tenang untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima adalah sangat baik," katanya kepada pemberita di lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Hishammuddin pada masa yang sama mengakui kerjasama dalam skala besar-besaran itu turut mewujudkan cabaran yang besar.

"Kerjasama itu bukan sahaja melibatkan perkongsian maklumat radar dan satelit, tetapi turut membabitkan aspek teknikal selain mobilasi aset untuk mengesan pesawat MH370," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, dengan mengenal pasti kedudukan pesawat MH370 di koridor utara dan selatan, memudahkan Kuala Lumpur mendapat kerjasama daripada negara-negara jiran khususnya dalam soal perkongsian maklumat radar tentera.

Beliau turut memberitahu bahawa usaha mencari dan menyelamat di koridor selatan bukan satu keadaan yang menarik tetapi sangat mencabar kerana melibatkan kawasan laut yang luas.

Hishammuddin berkata, dari segi pembekalan data radar di koridor selatan, hanya terdapat dua negara yang boleh menawarkan bantuan iaitu Indonesia dan Australia.

"Kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk memimpin usaha mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita yang mahu tahu sama ada koridor selatan sebagai lebih 'menarik' kerana menawarkan lebih banyak petunjuk untuk mencari pesawat MH370.

Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa tumpuan sama akan diberikan kepada kedua-dua koridor untuk mencari pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pasukan Perancis yang berpengalaman mencari kotak hitam Air France Airbus A330 di Lautan Atlantik turut menawarkan bantuan.

"Kita tengah mengenal pasti aset yang boleh digunakan dalam usaha mencari di koridor selatan," katanya.

Koridor selatan melibatkan kawasan maritim yang luas iaitu dari timur Sumatera di Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, Hishammuddin menafikan bahawa pesawat MH370 yang hilang lebih 10 hari lalu pernah dijumpai di Maldives.

Penduduk di Maldives sebelum ini dilaporkan melihat sebuah kapal terbang besar dengan jalur merah terbang rendah ketika melalui kediaman mereka kira-kira pukul 6.15 pagi, 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengesahkan bahawa pesawat MH370 tidak ditemui di Thailand selepas beliau melakukan semakan dengan pemimpin negara itu.

Pihak Thailand dilaporkan mengesan pesawat tidak dikenali dalam radar tentera yang berkemungkinan pesawat MH370.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140320/dn_10/MH370-Operasi-SAR-terbesar-dalam-sejarah-dunia#ixzz2wSfEAYwb  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: