Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 March 2014

PARLIMEN - Pembangkang bagaikan 'cacing kepanasan'






KUALA LUMPUR 17 Mac - Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang umpama 'cacing kepanasan' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan isu klip video Onederful Malaysia CNY 2014 dan Red Bean Army ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perbahasan yang turut menyentuh isu wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebab dan kebebasan media sering terganggu berikutan kekecohan yang ditimbulkan ahli Parlimen pembangkang.

Antara ahli Parlimen pembangkang yang berbuat demikian ialah Teresa Kok (DAP-Seputeh), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Anthony Loke (DAP-Seremban), Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan G. Manivanan (PKR-Kapar).

Tidak cukup dengan menimbulkan kekecohan, mereka juga sering membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi menggesa Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan Parlimen mengambil tindakan terhadap Bung Moktar.

Walau bagaimanapun, sikap ahli Parlimen pembangkang itu ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

"Yang Berhormat minta saya untuk Kinabatangan ikut peraturan. Yang berdiri pun tidak ikut peraturan.

"Jangan fikir keadilan pada Yang Berhormat sahaja, keadilan kepada semua," katanya.

Sementara itu, dalam perbahasannya, Bung Moktar meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Teresa berikutan penghasilan klip video Onederful Malaysia CNY2014.

"Laporan polis telah dibuat, kita ada undang-undang kena tegakkan undang-undang. Mereka yang melanggar undang-undang perlu ditangkap," ujarnya.

Beliau turut menegaskan, tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara di negara ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140318/pa_02/Pembangkang-bagaikan-cacing-kepanasan#ixzz2wH25S0k5  © Utusan Melayu (M) Bhd



 KOMEN : PADANLAH MEREKA SEMAKIN KURANG AJAR... MASIH TAK DITANGKAP DAN DI KENAKAN TUDUHAN DI MAHKAMAH... AG HIDUP LAGI KAH?

No comments: