ALMATY, Kazakhstan 17 Mac - Kazakhstan berkata, pihaknya tidak mengesan penggunaan' ruang udaranya oleh sebarang pesawat tanpa pengetahuannya pada 8 Mac lalu, menjadikan pesawat Malaysia Arlines MH370 mungkin telah berpatah balik sepanjang laluan utara melalui Thailand.
Pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu secara hipotesisnya telah sampai di ruang udara di negara-negara Asia Tengah, tetapi ia tidak dikesan di wilayah itu, kata seorang Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan dalam satu kenyataan kepada Reuters.
"Malah, jika semua peralatan dalam pesawat itu ditutup sekalipun, adalah amat mustahil pesawat itu boleh terbang dalam mod senyap.
"Selain itu, pihak tentera negara ini turut memantau ruang udara negara ini," kata kenyataan itu yang ditandatangani timbalan ketua jawatankuasa itu, Serik Mukhtybayev.
Pesawat-pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengadakan sembilan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Eropah dan sebaliknya melalui wilayah Kazakhstan pada 8 Mac, kata Mukhtybayev.
"Secara hipotesis, sebelum sampai di wilayah Kazakhstan, pesawat itu terpaksa terbang melalui ruang udara beberapa negara lain, yang turut dipantau oleh negara-negara terbabit, maka sudah pasti negara-negara tersebut turut mempunyai maklumat jika ia (pesawat MH370) dikesan melalui ruang udara mereka," tambahnya. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140318/lu_03/Kazakhstan-tidak-kesan-MH370-di-ruang-udaranya#ixzz2wHGLuuml © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment