Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 March 2014

MH370 - CSA tidak boleh lepas tangan






KUALA LUMPUR 26 Mac - Syarikat penerbangan China Southern Airlines (CSA) tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dalam berdepan dengan insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Sebagai rakan perniagaan, CSA sepatutnya bersama-sama dengan MAS menghadapi situasi sukar dan bukan membiarkan syarikat penerbangan negara itu terus dipersalahkan atas insiden yang berlaku.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh CSA adalah tidak wajar dan bersifat mementingkan diri.

"Ketika ini, semua pihak khususnya keluarga penumpang di Beijing seolah-olah menyalahkan Malaysia atas insiden yang menimpa MH370, biarpun negara sudah bertungkus-lumus melakukan yang terbaik bagi mencari dan menyelamat pesawat malang itu.

"CSA sepatutnya memberi sokongan kepada MAS, namun sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh syarikat penerbangan itu amat mendukacitakan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

CSA dan MAS menjalin kerjasama melalui perkongsian kod operasi dari Beijing ke Kuala Lumpur sejak Mac 2012.

Bagaimanapun, MAS telah menukar kod laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing daripada MH370 dan MH371 kepada MH318 dan MH319 pada 14 Mac lalu sebagai tanda menghormati penumpang dan anak kapal MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu sebelum disahkan penerbangan pesawat itu berakhir di Selatan Lautan Hindi pada Isnin lalu.

Selain itu, Jacob berkata, CSA dan MAS perlu melakukan perbincangan baharu bagi mencapai kata sepakat berhubung penjualan tiket yang menggunakan kod MH370.

Katanya, penjualan tiket itu tidak salah dari segi undang-undang perniagaan, namun CSA perlu bersikap lebih 
sensitif atas apa yang berlaku kini.

"Jika MAS boleh menukar kod laluan penerbangan ke Beijing sebagai tanda penghormatan, kenapa CSA tidak boleh berbuat demikian?

"CSA perlu bersikap profesional dalam isu ini dan bukan hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Pelanggan Negara (CCAM), Mohd. Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah berkata, apabila sesuatu peristiwa terjadi, setiap pihak yang terlibat perlu memainkan peranan untuk sama-sama bertanggungjawab memberi bantuan.

Namun, beliau melihat CSA tidak berbuat apa-apa dalam memainkan peranan untuk memberikan bantuan terhadap keluarga mangsa MH370.

"Pihak terbabit perlu berkongsi kepakaran dan segala keperluan untuk membantu golongan terbabit termasuklah ahli keluarga dan rakan mangsa.

"Tetapi dalam hal ini kita lihat MAS lebih ke hadapan dan proaktif memainkan tanggungjawab dan sentiasa memastikan maklumat disalur dengan tepat," katanya.

Irwan menyarankan agar CSA dapat membantu dengan menjadi rakan strategik dan mengurangkan beban daripada segi kepakaran bahasa untuk memastikan isu semasa dan maklumat dapat dimaklumkan secara tepat terutama kepada rakyat China.

Turut senada, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyatakan bahawa MAS sudah melakukan yang terbaik dalam usaha menyalurkan semua maklumat kepada keluarga penumpang.

"Mana-mana rakan niaga seharusnya saling bekerjasama dan berani mengambil risiko.

"Jika CSA tidak membantu, mungkin MAS tidak perlu lagi bekerjasama dengan syarikat penerbangan itu," katanya.




No comments: