Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 24 March 2014

LIGA PERDANA - Sepakan penalti selamatkan PDRM






KUALA LUMPUR - Penyerang dari Maldives, Ashfaq Ali muncul penyelamat The Cops apabila menjaringkan gol penyamaan 12 minit sebelum permainan tamat untuk mengikat Felda United dengan keputusan 3-3 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang malam tadi.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan mereka sebagai peneraju liga selepas tujuh perlawanan, meskipun berkongsi 19 mata dengan Pulau Pinang yang menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Seremban.

PDRM kelihatan mampu menang selesa apabila mendahului 2-0 menerusi jaringan Ashfaq pada minit kesepuluh dan Chad Charles Souza pada minit ke-29, tetapi semangat mereka tersentak apabila kemudiannya dibolosi tiga gol berturut-turut.

Ketika separuh masa pertama hampir tamat, Felda United merapatkan jurang jaringan menerusi Shahrulnizam Mustafa yang menolak masuk sepakan sudut Indra Putra Mahyuddin dan kedudukan semakin sengit apabila The Settlers menya­makan kedudukan menerusi rembatan deras Indra Putra dari luar kotak penalti pada minit ke-56.

Malah, Felda mendahului perlawanan buat kali pertama apabila memperoleh gol ketiga menerusi pemain import Edward Junior Wilson pada minit ke-69 selepas me­nyempurnakan sepakan sudut Indra Putra namun tindakan Nasriq Baharom me­ngasari Ashfaq di dalam kotak penalti memberi kesempatan kepada PDRM yang menyama­kan kedudukan pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti Ashfaq.

Menurut Dollah Salleh, dia berpuas hati dengan prestasi pasukan tetapi agak terkilan kerana para pemain seperti kehilangan fokus semasa mendahului 2-0 sehingga Felda berjaya bangkit mendapatkan tiga gol.

"Apabila permainan sudah masuk minit-minit akhir, baru pemain kembali menyedari kesilapan mereka namun sudah terlewat, mereka sia-siakan peluang yang terhidang untuk menambahkan gol, memang satu kerugian buat pasukan kerana kehilangan dua mata bagi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga," kata Dollah.

Di Stadium Darul Aman, Kedah merakamkan kemenangan kedua berturut-turut apabila menang 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT II) dengan jaringan tunggal melalui rembatan padu pemain import dari Ireland, Billy 
Osman Mehmet yang mengambil sepakan bebas di luar kotak penalti pada minit ke-50.

Sementara itu, Pulau Pinang beraksi cemerlang di Stadium Tuanku Abdul Rahman untuk membenam cabaran skuad Hoben Jang Hoben walaupun ketinggalan seawal minit ke-10 sebelum bangkit meraih tiga jaringan dalam tempoh 20 minit.

Mohd. Baser Napae men­yamakan kedudukan buat The Panthers empat minit kemudian dan Muhd. Rafiuddin Rodin meletakkan Pulau Pinang di hadapan pada minit ke-26 sebelum Hilton Moreira mengukuhkan cengkaman pelawat dengan jaringan ketiga pada minit ke-33 untuk kemenangan keenam mereka pada musim ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140322/su_03/Sepakan-penalti-selamatkan-PDRM#ixzz2wqRhPpyv  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: