Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 28 March 2014

MH370 - Cuaca buruk di selatan Lautan Hindi halang operasi





PASUKAN misi penyelamat tiba dengan menaiki sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Australia AP-3C Orion yang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce di Bullsbrook, utara Perth berikutan cuaca buruk di Lautan Hindi dalam operasi pencarian objek MH370, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD

PERTH 27 Mac - Cuaca buruk di perairan Lautan Hindi merupakan antara cabaran dihadapi pasukan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masuk hari ke-20 hari ini.

Meskipun cuaca di sekitar Perth agak baik namun keadaan laut bergelora, angin kencang serta ombak besar menyukarkan gerakan mencari yang diketuai Tentera Udara Diraja Australia di kawasan seluas 78,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu, berikutan cuaca buruk itu operasi mencari terpaksa ditangguhkan biarpun sebanyak lima buah kapal dan 11 pesawat sepatutnya terlibat.

Menurut laman Twitter agensi itu petang ini, kelima-lima kapal itu iaitu HMAS Success dari Australia dan empat kapal dari China iaitu Xue Long, Kunlunshan, Haikou dan Qiandaohu masih berada di tengah perairan.

“Kesemua kapal ini terus berada di Lautan Hindi untuk meneruskan operasi jika cuaca kembali baik, namun kesemua pesawat terpaksa pulang ke pangkalan.

“Cuaca buruk dijangka berlarutan sepanjang tempoh 24 jam ini," kata AMSA dalam Twitter yang dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang ini.

Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth di sini pada Isnin lalu.

Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat berkenaan yang sepatutnya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Sementara itu menurut AMSA, sebanyak 11 pesawat sepatutnya terlibat dalam gerakan mencari hari ini.

Antara pesawat berkenaan adalah dua pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, masing sebuah pesawat P-3 Orion dan jet Gulfstream dari Jepun, sebuah pesawat China Ilyushin IL-76 dari China serta sebuah pesawat P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kapal HMAS Success kekal pada kedudukan 2,500 kilometer di perairan dari barat daya Perth bersama empat kapal dari China. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140328/dn_03/Cuaca-buruk-di-selatan-Lautan-Hindi-halang-operasi#ixzz2xDKw7HcE  © Utusan Melayu (M) Bhd



No comments: