Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 25 March 2014

Pembangkang terdesak, tiada modal - Perkasa






Ibrahim Ali, Syed Hassan Syed Ali (duduk, kanan), Dr. Abd. Wahid Abd. Manap (duduk empat dari kanan) dan Ruslan Kasim (duduk dua dari kanan) bersama barisan pimpinan baharu Perkasa Pahang di Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 23 Mac - Tindakan pembangkang cuba memburukkan kerajaan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 disifatkan sebagai tindakan terdesak serta tidak mempunyai modal politik baharu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembangkang cuba menangguk dalam air keruh dengan menjadikan isu itu sebagai modal politik mereka.

"Tindakan ini amat memalukan negara dan sepatutnya mereka bersimpati ketika seluruh masyarakat bersedih dengan kejadian yang berlaku itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Barisan Pimpinan Perkasa Pahang dan Pengisytiharan Ahli-Ahli Baharu Perkasa Parlimen Pekan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan, Ruslan Kasim.

Menurut Ibrahim, pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan kehilangan MH370 kerana usaha pencarian pesawat itu juga melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.

"Tindakan pembangkang ini boleh memburukkan lagi keadaan selain turut menjejaskan imej baik Malaysia di mata dunia," katanya.

Tambah beliau, tragedi seperti itu adalah ketentuan Allah dan semua pihak kena terima hakikat bahawa ini di luar kawalan manusia.

"Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dalam usaha mencari pesawat berkenaan.

"Sehubungan itu kita sebagai rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira fahaman politik untuk bersama-sama mendoakan supaya pesawat tersebut dijumpai semula," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140324/po_01/Pembangkang-terdesak-tiada-modal---Perkasa#ixzz2ww4BDnCF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: