Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 24 March 2014

MH370 - Kehilangan MH370 disengajakan - Pakar






LONDON 21 Mac - Sebuah syarikat strategi penerbangan antarabangsa, Strategic Aviation Solutions menyifatkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bukan satu kemalangan, sebaliknya satu tindakan yang telah dirancang dengan teliti.

Pengerusinya, Neil Hansford dalam satu wawancara dengan program televisyen, Network 10 melaporkan, kehilangan MH370 mungkin berkaitan dengan penglibatan anak kapal pesawat tersebut.

"Penemuan dua objek di selatan Lautan Hindi berdasarkan imej satelit Amerika Syarikat (AS) itu mungkin sengaja diletakkan di kawasan itu dengan harapan pesawat tersebut tidak ditemui. Kerja itu mungkin dilakukan seorang atau lebih anak kapal pesawat tersebut.

"Difahamkan, insiden itu tidak melibatkan letupan kuat atau ditembak jet perang mana-mana pasukan tentera," katanya.

Selain itu, Hansford menjelaskan, MH370 menggunakan minyak dalam kapasiti hampir penuh, berbanding hanya 45 peratus sahaja yang diperlukan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Penggunaan minyak yang lebih daripada isipadu sebenar memberi penunjuk kukuh bahawa pesawat itu hilang bukan akibat kemalangan," ujarnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di selatan Lautan Hindi diteruskan hari ini dengan keadaan cuaca yang lebih baik.

Selain berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, operasi SAR dipengaruhi jarak lokasi penemuan objek yang terlalu jauh dari darat, sekali gus menyukarkan pencarian.

Sehubungan itu, Hansford tidak menolak kemungkinan jika juruterbang MH370 mengetahui dengan jelas keadaan demografik kawasan tersebut lalu membuat keputusan untuk 'menamatkan riwayat' pesawat itu di kawasan berkenaan.

"Jika saya cuba hilangkan sebuah pesawat dan tidak mahu pihak berkuasa menemui sebarang bukti, sudah tentu saya akan memilih kawasan yang sukar ditemui dan tempat yang paling baik adalah di laut dalam serta jauh dari daratan.

"Jika benar laut dalam dipilih sebagai tempat untuk menghilangkan pesawat, bangkai hanya akan ditemui dengan menggunakan alat sonar dan aset maritim, bukannya aset udara," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_10/Kehilangan-MH370-disengajakan----Pakar#ixzz2wqD2W5oM  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : SEGALANYA BERKEMUNGKINAN....

No comments: