Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 18 March 2014

Perlu sedia hadapi krisis kewangan - Dr. M


Oleh AZMAN IBRAHIM
dan NUR NAZLINA NADZARI
ekonomi@utusan.com.my



DR. Mahathir Mohamad (tengah) bersama Noor Mohamed Yakcop (kanan) dan Profesor Ekonomi dari University of Missouri-Kansas City, Amerika Syarikat, Prof. L. Randall Wray semasa sidang akhbar Menangani Krisis Kewangan Global Pada Masa Akan Datang di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 17 Mac - Malaysia perlu membuat persiapan dengan baik untuk berhadapan dengan krisis kewangan sekiranya berlaku pada masa akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana negara perlu mempelajari mekanisme-mekanisme tertentu untuk bertahan daripada krisis tersebut sekali gus mengurangkan impak kepada rakyat.

Malah, katanya, masalah ini juga akan dapat ditangani sekiranya negara berjaya membuat persiapan dengan baik dan teliti.

"Pada krisis kewangan yang lalu, negara terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk menanganinya dan pulih kerana tidak mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu.

"Sekarang, kita perlu belajar daripada pakar-pakar ekonomi asing berdasarkan pengalaman sendiri dan memahami mekanisme-mekanisme bagi menanganinya. Pada peringkat pertama, negara perlu mempelajari secara mekanik bagaimana krisis kewangan itu berlaku.

"Saya adalah seorang bekas doktor. Jadi cara menangani masalah ini juga adalah sama seperti seorang doktor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Antarabangsa Mengenai Menangani Krisis Kewangan Global Pada Masa Akan Datang di sini hari ini.

Sesi itu dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana dan ditaja oleh YTL Corp. Bhd., Malaysia Airlines, Bina Puri, Westports, Ambank, UEM dan Bank Rakyat.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Pengarah Urusan Khazanah Nasional , Tan Sri Azman Mokhtar; Timbalan Pengerusi Khazanah, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim; Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik; Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Symphony Life, Tan Sri Azman Yahya dan Pengerusi ISIS, Tan Sri Jawhar Hassan.

Hasil rundingan yang dijalankan secara tertutup itu akan diserahkan kepada kerajaan tidak lama lagi.

Tambah Dr. Mahathir, krisis kewangan akan berlaku sekiranya kuasa beli rakyat berkurangan di negara ini. Malah, katanya, harga barang yang semakin meningkat juga boleh mencetus kepada peningkatan inflasi dan mampu menjadi punca kepada krisis kewangan.

Sementara itu, Nor Mohamed memberitahu, Malaysia sudah berada di landasan betul untuk menghadapi krisis kewangan.

Katanya, hal ini dibuktikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjaya mencapai sekitar lima peratus setahun.

"Kita tidak mampu mengawal krisis kewangan global daripada berlaku dan sudah tentu memberi kesan kepada negara ini," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden dan Pengasas DRPM Group (Holdings) Ltd., Dr. Karen Philippa Malmgren berkata, dunia kini menjadikan Malaysia sebagai rujukan bagi menghadapi krisis kewangan seperti mana yang berlaku pada tahun 1998 lalu.

Beliau berkata, mereka kini mengiktiraf langkah-langkah yang dilakukan oleh Malaysia dengan melihat kembali kaedah yang digunakan untuk masa depan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140318/ek_01/Perlu-sedia-hadapi-krisis-kewangan---Dr-M#ixzz2wH6i04B3  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: