Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 March 2014

Malaysia kekal ketuai misi








KD SELANGOR menurunkan bot bagi membuat tinjauan objek dengan lebih rapat dalam operasi mencari pesawat MH370.

SEPANG 14 Mac - Siasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 akan terus diketuai oleh Malaysia biarpun ada pihak memandang sinis dan tidak yakin kemampuan negara melaksanakan misi sukar itu.

Ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, keputusan tersebut berdasarkan undang- undang pihak berkuasa penerbangan antarabangsa yang menetapkan hanya negara pendaftar berhak mengetuai sesuatu siasatan melibatkan insiden pesawat.

Beliau berkata, dalam situasi tersebut pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu didaftarkan di negara ini, sehubungan itu siasatan perlu diketuai oleh negara ini.

"Di bawah Protokol Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, pihak berkuasa negara di mana sesuatu pesawat didaftarkan akan mengetuai siasatan sekiranya berlaku insiden terhadapnya.

"Dalam undang-undang ini juga menyatakan lokasi hilangnya sesuatu pesawat itu tidak boleh dijadikan sebab untuk negara bukan milik pesawat ini didaftarkan mengetuai sesuatu siasatan," katanya dalam sidang akhbar bersama mengenai pesawat MH370 di pusat media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Azharuddin berkata, dalam insiden tersebut Malaysia telah mengikut protokol yang ditetapkan pihak berkuasa penerbangan antarabangsa itu.

Dalam pada itu, mengulas usaha terbaharu yang akan dilaksanakan bagi mengesan pesawat tersebut, kata beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan pakar dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk mencari kaedah terkini bagi mengesan pesawat itu.

Tegasnya, pasukan mencari dan menyelamat akan terus menggiatkan usaha tersebut biar apa pun jua keadaan dan rintangan.

"Kita tidak akan patah semangat dan akan terus mencari pesawat ini, itulah semangat kita dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi semangat kepada kita untuk terus mencari," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_09/Malaysia-kekal-ketuai-misi#ixzz2wBAdMARh © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: