KUALA LUMPUR - Pemandu pasukan Mercedes Amg Petronas, Nico Rosberg memasang misi besar untuk memburu kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini.
Rosberg yang menjuarai perlumbaan sulung 2014 di Australia pada 16 Mac lalu yakin mampu meraih kemenangan sambil menyifatkan saingan di Sepang sebagai perlumbaan di laman sendiri.
Saya akui cabaran yang bakal ditempuhi bukan sesuatu yang mudah tetapi saya mempunyai keyakinan tinggi pasukan ini dapat mencipta keputusan cemerlang di Sepang.
Saya jangkakan pasukan ini dapat mencatatkan keputusan baik musim ini, sebaik mana saya tidak pasti tetapi saya yakin lebih baik dari musim lalu.
Kami juga perlu lihat siapa lawan kami kerana mereka sudah pasti akan bekerja keras untuk menyaingi pasukan ini dan kami juga perlu bekerja keras jika mahu mencipta keputusan yang baik," katanya ketika ditemui selepas majlis Petronas: Motorsports Demo Run di Suria KLCC di sini semalam.
Saingan di Australia sebelum ini menyaksikan Rosberg muncul juara selepas memulakan saingan di petak ketiga menewaskan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat kedua dan pelumba McLaren yang melakukan kemunculan pertama, Kevin Magnussen di tempat ketiga.
Aksi itu juga memperlihatkan rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton yang memulakan saingan di petak pertama dan juara dunia, Sebastian Vettel gagal menamatkan persaingan ekoran masalah mekanikal.
Majlis Demo Run yang bermula 1.30 sehingga 5.30 petang itu menyaksikan pasangan duo dinamik Rosberg dan Lewis Hamilton memperagakan aksi bersama jentera F1 dan bertemu peminat serta aksi pelumba-pelumba negara yang beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas.
Menambahkan kehangatan barisan pelumba-pelumba ialah persembahan aksi lagak ngeri oleh Aaron Twite dan Nick Broha dari Amerika Syarikat.
Rosberg berkata, Petronas memainkan peranan utama dalam pembangunan pasukan itu termasuk mencipta minyak pelincir khusus.
Jentera yang digunakan pada musim ini adalah lebih baik berbanding jentera sebelum ini dan boleh dikatakan ia merupakan jentera terbaik dalam saingan F1 kali ini," katanya lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140324/su_06/Rosberg-mahu-menang-di-laman-sendiri#ixzz2wrKRNfjp © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment