Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 March 2014

MH370 - 'Dia cium tangan saya'






INTAN Maizura Othaman tidak dapat menahan rasa pilu semasa menjawab pertanyaan wartawan sambil diperhatikan anaknya, Iman Mohd. Hazrin di rumahnya di Alam Impian, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 26 Mac - Ungkapan terakhir I love you menjadi kenangan paling indah buat Intan Maizura Othaman yang sangat merindui suaminya Mohd. Hazrin Hasnan iaitu salah seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut Intan, suaminya telah terlepas kenderaan syarikat yang sepatutnya membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi kerana komited dengan kerja, suaminya itu meminta supaya dia hantar ke KLIA.

"Intan hantar dia ke KLIA dan kami bersembang seperti biasa, tetapi sebelum keluar dari kereta dia telah cium tangan saya, dan mengungkapkan perkataan I love you.

"Itulah yang akan menjadi kenangan paling indah bersamanya," ujarnya ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat di kediamannya di sini hari ini.

Intan Maizura yang kini sedang mengandung enam bulan berkata, meskipun berat untuk menerima kenyataan insan tersayang telah pergi selama-lamanya, dia tetap reda.

"Saya amat merinduinya, tetapi saya tetap reda dengan apa yang berlaku dan jika benar suami saya kini berada di Lautan Hindi, biarlah dia bersemadi dengan aman.

Dia juga terpaksa memujuk anaknya Iman yang baru berusia empat tahun dan sering bertanya tentang bapanya.

Intan Maizura berkata, sejurus selepas pesawat yang dinaiki suaminya itu disahkan hilang pada 8 Mac lalu, anak perempuannya itu sering bertanyakan soalan di mana bapanya.

Katanya, bagaimanapun ketika itu dia hanya memaklumkan bahawa bapanya telah pergi bekerja, tetapi selepas pesawat itu disahkan berakhir di Lautan Hindi kelmarin, dia tidak lagi mahu memberi harapan kepada anak kecil itu dan memberitahunya bahawa bapanya kini telah pergi ke syurga.

"Selepas itu Iman seperti memahaminya dan akan memberi jawapan papa ke syurga jika ditanya di mana bapanya.

"Dia kini juga tidak lagi menanyakan soalan itu," katanya sambil menitiskan air mata.

Intan Maizura hanya berharap dapat membesarkan anak-anaknya dengan bantuan ahli keluarga dan semua pihak dan akan terus bekerja untuk menyara hidup.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140327/dn_11/Dia-cium-tangan-saya#ixzz2x7omgfUB  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: