Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 March 2014

Old Trafford kian bergelora?






Ryan Giggs (kiri) tidak setuju dengan pendekatan latihan David Moyes yang dianggap tidak sesuai dengan Manchester United.

MANCHESTER - Ryan Giggs boleh membuat penampilan ke-140 dan mungkin yang terakhir buat Manchester United dalam kancah Liga Juara-juara apabila penyandang juara Liga Perdana ­Inggeris itu menentang kelab Greece, Olympiakos di Old Trafford, hari ini.

Bagaimanapun ramai yang melihat potensi bintang tengah veteran itu untuk diturunkan tipis selepas dia dikatakan bertelagah dengan pengendali pasukan, David Moyes.

Khabar bertiup kencang mengatakan suasana di Old Trafford panas kerana Giggs mengkritik corak latihan yang digunakan Moyes yang dianggap punca kepada prestasi buruk pasukan itu musim ini.

Giggs, 40, yang dilantik oleh Moyes menjadi penolong jurulatih sebaik beliau mengambil alih tugas pengurus daripada Alex Ferguson mendakwa, pendekatan Moyes tidak sesuai dengan corak permai­nan menyerang pasukan.

Kemarahan Giggs tiba di kemuncak selepas Moyes tetap menggunakan kaedah yang sama ketika United kalah 0-3 kepada musuh ketat, Liverpool di tempat sendiri, Ahad lalu.

Giggs merupakan pemain ­paling banyak beraksi bersama kelab dengan memegang rekod 960 penampilan sejak membuat kemunculan pertama pada 23 tahun lalu. Begitupun pada musim ini, dia hanya beraksi 12 kali.

Di peringkat awal, dia dilibatkan dalam perbincangan mengenai taktikal pasukan bersama kakitangan jurulatih lain dalam perlawanan yang tidak memerlukan dia beraksi.

Namun, khidmat Giggs kurang digunakan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, malah dalam masa 
yang sama dia juga jarang diturunkan sebagai pemain. Giggs hanya beraksi selama 81 minit dalam tempoh 10 minggu ini.

Dakwaan mengenai perbalahan di antara Giggs dan Moyes turut disiarkan dalam majalah yang diterbitkan oleh penyokong setia United, Red Issue dan dijual di Old Trafford selepas kekalahan kepada Liverpool.

Sumber dalaman United memberitahu, Giggs menyifatkan cadangan pasukan untuk kekal bersama Moyes sebagai mengarut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140319/sl_01/Old-Trafford-kian-bergelora#ixzz2wNa7rvm1  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: