Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 20 March 2014

Malaysia sudah terima data radar






HISHAMMUDDIN Tun Hussein bercakap ketika sidang akhbar mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke-12 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, semalam. Hadir sama, Khalid Abu Bakar (kanan), AzharuddinAbdul Rahman dan Ahmad Jauhari Yahya (kiri). - BERNAMA

SEPANG 19 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Malaysia telah menerima data radar dari sesetengah negara tetapi tidak mendedahkan nama negara berkenaan.

Hishammuddin berkata, data tersebut adalah sesuatu yang sensitif dan beliau tiada kuasa untuk mendedahkan maklumat berkenaan.

"Permintaan Malaysia telah mendapat maklum balas yang baik daripada negara lain, tetapi ini bukan masa untuk mendedahkan maklumat ini," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua 26 negara yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat penumpang pesawat MH370 telah bersetuju secara lisan untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia.

"Malaysia turut menghantar surat rasmi kepada negara-negara ini meminta kerjasama mereka.

"Aset akan dimobilisasikan untuk usaha mencari dan menyelamat di dua koridor ini sebaik sahaja semua prosedur diplomatik diselesaikan," katanya.

Menurut beliau, pasukan teknikal yang bertanggungjawab dalam usaha mencari dan menyelamat telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu pasukan diplomatik yang dipimpin Kementerian Luar, pasukan penghantaran aset yang dipimpin tentera manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengawal operasi secara keseluruhannya.

"Usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 melibatkan cabaran dari segi diplomasi, teknikal dan logistik," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140320/dn_06/Malaysia-sudah-terima-data-radar#ixzz2wSjDrWrR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: