Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 March 2014

MH370 - Malaysia teliti usaha carian di dasar laut






SEPANG 20 Mac - Malaysia sudah meneliti usaha pencarian kotak hitam pesawat MH370 di dasar laut walaupun penemuan dua objek di Lautan Hindi belum disahkan mempunyai kaitan dengan kapal terbang Boeing 777-200 itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha mengesan kotak hitam memerlukan teknologi sonar atau kelengkapan yang mampu mengesan `ping’ dikeluarkan kotak itu.

Beliau berkata, teknologi kapal selam juga diperlukan tetapi kapal selam yang dimiliki Malaysia tidak mempunyai fungsi berkenaan.

"Sebelum ia menjadi isu, saya ingin memberitahu bahawa kapal selam Malaysia tidak mempunyai fungsi ini.

"Tidak banyak negara yang ada aset atau kemampuan untuk kendalikan kelengkapan ini," katanya dalam sidang akhbar MH370 di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kotak hitam akan mengeluarkan isyarat ‘ping’ untuk membolehkan pasukan mencari dan menyelamat mengesannya, tetapi malangnya bateri dalam kotak hitam hanya bertahan selama 30 hari selepas ia tenggelam dalam air.

Memandangkan pesawat MH370 telah hilang selama hampir dua minggu, maka kuasa bateri dalam kotak hitam turut semakin menurun.

Ketika menjawab satu soalan, Hishammuddin berkata, kemungkinan pesawat MH370 berlaku kemalangan tidak disingkirkan tetapi jawapan muktamad hanya boleh dirungkai selepas kotak hitam ditemui.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kejadian nahas udara Air France Airbus A330 di Lautan Atlantik perlu dibandingkan dengan kejadian kehilangan pesawat MH370 kerana mempunyai persamaan tertentu.
"Keadaan Lautan Atlantik adalah mirip dengan Lautan Hindi," katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, pasukan pakar dari Perancis yang berpengalaman dalam nahas Air France memainkan peranan penting membantu Malaysia mengesan kotak hitam pesawat MH370.

"Dalam nafas Air France, pasukan mencari dan menyelamat menjumpai serpihan tetapi tetap ambil masa dua tahun untuk mencari kotak hitam," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140321/dn_03/Malaysia-teliti-usaha-carian-di-dasar-laut#ixzz2wYN6oPEV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: