Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 March 2014

Tun Hamid dan Barisan Perpaduan Nasional


Oleh ZAINI HASSAN





MESYUARAT pertama Barisan Perpaduan Nasional (BPN) berlangsung di Kuala Lumpur Jumaat lalu. Ia adalah alternatif atau pengimbang kepada NUCC atau Majlis Perundingan Perpaduan Nasional yang dibentuk oleh kerajaan secara 'agak liberal' dan 'agak kontroversial' kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dijemput mempengerusikan mesyuarat BPN itu. Dalam ucapannya beliau bersetuju menjadi pengerusi badan itu.

Katanya: "Kita dilahirkan orang Melayu dan Islam. Itu bukan pilihan kita. Itu adalah takdir Allah SWT terhadap kita. Walaupun kita ada pilihan dalam hal agama, kita mahu mati sebagai orang Islam. Itu pilihan kita, dengan izin dan rahmat Allah SWT. Maka salahkah jika kita katakan - Kami Melayu dan Islam? Salahkah jika kita, sebagai satu bangsa dan satu umat berkata - Kami mahu mempertahankan kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di negara kami?"

BPN akan mempertahankan prinsip seperti apa yang tersurat dalam ucapan itu. Sebanyak 52 NGO Melayu dan Islam terlibat dalam BPN ini.

Mesyuarat itu juga melantik mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Ghazali Mohd. Seth sebagai timbalan pengerusi bersama-sama mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Sementara Ketua Sekretariat BPN ialah mantan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah.

Sebuah Jawatankuasa Khas Penyediaan Memorandum BPN juga dibentuk dan dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Ali. Memorandum itu kemudian akan dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Ikutilah ucapan Tun Abdul Hamid pada mesyuarat pertama BPN, Jumaat 14 Mac lalu yang bertajuk: Bersama-sama Mempertahankan Perlembagaan Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140319/re_06/Tun-Hamid-dan-Barisan-Perpaduan-Nasional#ixzz2wNXM4xXo  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: