Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 18 March 2014

MH370 - Plot 'misteri' bukan ancaman musuh






SEPANG 17 Mac - Pihak keselamatan negara tidak memintas atau bertindak terhadap sebuah plot 'misteri' yang memasuki ruang udara negara pada awal pagi 8 Mac lalu kerana tidak menganggap perkara itu sebagai serangan musuh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh radar primer milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjaya mengesan pergerakan berkenaan.

"Dari segi tindakan ini, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud telah menyatakan bahawa pihaknya tidak menganggap pergerakan kapal terbang itu sebagai serangan musuh," katanya dalam sidang akhbar bersama di Pusat Media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan mengulas keraguan banyak pihak mengapa tiada tindakan diambil terhadap plot 'misteri' itu yang akhirnya disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pesawat MH370 yang melakukan pusingan balik dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.

Menurut Hishammuddin, setiap maklumat daripada radar milik tentera itu merupakan perkara sensitif dan tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan.

Bagaimanapun kata beliau, bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat MH370, pihaknya terpaksa mengetepikan seketika soal keselamatan negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengesahan rasmi plot tersebut adalah milik pesawat MH370 juga bukan dilakukan oleh tentera sahaja, sebaliknya turut mendapat pengesahan agensi antarabangsa seperti Ahli Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Ditanya mengenai ruang udara negara yang seperti mudah diceroboh ekoran insiden tersebut, beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meningkatkan sistem radar serta tahap keselamatan negara selepas operasi dan menyelamat pesawat MH370 diselesaikan.

Dalam pada itu, mengulas kerjasama dengan beberapa agensi perisikan antarabangsa, katanya, kerajaan masih mengadakan kerjasama tersebut terutamanya dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Organisasi Perisikan Antarabangsa (Interpol).

Katanya, kerjasama tersebut diadakan sejak hari pertama pesawat jenis Boeing 777-200 itu hilang sehingga sekarang.

Mengulas sama ada kerajaan telah menerima sebarang tuntutan wang tebusan daripada pihak pengganas, Hishammuddin berkata, tiada permintaan seperti itu.

Sementara itu, mengenai perkembangan siasatan terhadap penumpang dan krew pesawat tersebut, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan polis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_05/Plot-misteri-bukan-ancaman-musuh#ixzz2wGwKOBOL  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: