Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 March 2014

MH370 - Pakar cadang misi mencari bergantung pada data satelit






foto yang dibekalkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat menunjukkan anggota dalam pesawat P-8A Poseidon melakukan operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi, Ahad lalu. - AP

WASHINGTON 17 Mac - Pakar mencari dan menyelamat mencadangkan agar misi pencarian pesawat MH370 dikecilkan dengan bergantung kepada data satelit yang sebelum ini diragui kerana tidak memberi maklumat tepat dan tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.

Pakar penyiasatan kemalangan dari Universiti Penerbangan Embry-Riddle di Arizona, William Waldock berkata, pihak yang terlibat dalam operasi mencari MH370 berfikir di luar kotak kerana menggunakan teknologi terbabit, dan tindakan itu dilihat berkesan.

Jelasnya, pasukan penyiasat insiden pesawat terhempas tidak pernah menggunakan data satelit bagi mencari pesawat hilang, tetapi selepas meneliti petunjuk lain, teknologi berkenaan merupakan pilihan terbaik.

"Malah, sekiranya pesawat MH370 berjaya ditemui dengan bantuan satelit, mungkin kaedah misi mencari dan menyelamat selepas ini akan menggunakan cara yang sama," katanya.

Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) percaya sistem isyarat pesawat MH370 telah dimatikan dengan sengaja oleh pihak tertentu, dipercayai mahu mengelak dikesan radar.

Tetapi satelit milik syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat didakwa berhubung dengan MH370 ketika masih beroperasi, namun tiada sebarang jawapan diberikan oleh sistem komunikasi pesawat terbabit.

Walaupun komunikasi singkat itu tidak memberi kedudukan tepat lokasi pesawat, tetapi satelit terbabit terus berhubung dengan MH370 sekali setiap jam dalam tempoh lima jam selepas kapal terbang berkenaan hilang dikesan radar. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_06/Pakar-cadang-misi-mencari-bergantung-pada-data-satelit#ixzz2wGu66WBD  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: