Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 March 2014

MH370 - Australia perluaskan operasi


Oleh ADLINAHANI KHALIL
pengarang@utusan.com.my




Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 mengundi untuk berhubung terus dengan wakil kerajaan Malaysia semasa satu perjumpaan diadakan bersama wakil syarikat Malaysia Airlines di Holel Lido, Beijing, semalam. - Reuters

KUALA LUMPUR 17 Mac - Australia bakal meluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu di bahagian selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menelefon beliau pagi ini bagi memaklumkan perkembangan terkini SAR MH370.

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) akan mengetuai SAR di bahagian selatan Lautan Hindi menerusi Pusat Koordinasi Keselamatan.

"P-3C Orion yang merupakan pesawat pemantauan maritim akan digunakan untuk operasi tersebut," katanya.

Abbott juga menegaskan, Australia akan menambah jumlah pesawat pemantauan maritim bagi mengesan MH370.

"Sebanyak dua lagi pesawat P-3C Orion akan diterbangkan ke kawasan berkenaan dalam tempoh 24 jam.

"Australia akan sentiasa berusaha memberikan bantuan terbaik kepada Malaysia dalam usaha mencari MH370," ujarnya.

Australia menghantar dua pesawat P-3C Orion sejak 9 Mac lalu dan telah melakukan penerbangan melebihi 60 jam dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_13/Australia-perluaskan-operasi#ixzz2wGsv6pcl  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: