Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 March 2014

MH370 - 26 negara perhebatkan operasi






Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lokasi pencarian pesawat MH370 yang hilang pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, Sepang, semalam. Hadir sama, Hamzah Zainuddin (dua dari kiri), Ahmad Jauhari Yahya (kiri) dan Azharuddin Abdul Rahman.

SEPANG 17 Mac - Selepas 48 jam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 memasuki fasa baharu, sebanyak 26 negara mengesahkan persetujuan untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 yang hilang sejak lebih seminggu lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi tersebut yang disifatkan sangat mencabar dari segi hubungan diplomasi, teknikal dan logistik tetap akan diketuai oleh Malaysia secara keseluruhan.

Pada masa sama, ujar beliau, Malaysia juga telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terletak dalam koridor utara dan selatan serta negara yang terlibat bagi membantu dari segi kepakaran dan aset.

"Untuk negara yang terletak dalam kedua-dua koridor itu, Malaysia memohon supaya disalurkan maklumat mengenai sistem radar dan satelit serta penggunaan aset khusus.

"Malaysia juga meminta kebenaran meneruskan operasi tersebut di kawasan perairan dan daratan negara terbabit serta pelan tindakan menyelamat dengan diselaras oleh Pusat Koordinasi Menyelamat di sini termasuk kemaskini maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat serta maklumat terperinci yang diperlukan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama di Pusat Media Hotel Sama-Sama di sini hari ini. Yang hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, dalam tempoh 24 jam lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menghubungi Perdana Menteri Australia, Tony Abbot dan Perdana Menteri China, Li Keqiang bagi mendapatkan komitmen mereka dalam usaha mencari dan menyelamat itu.

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan Malaysia masih mengetuai operasi tersebut bagaimanapun, untuk operasi di koridor selatan di bahagikan kepada dua seksyen berdasarkan undang-undang persempadanan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa.

Katanya, berdasarkan persempadanan itu Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, mengulas lanjut operasi tersebut, Hishammuddin berkata, negara terbaharu yang menyertainya adalah Rusia manakala negara yang telah memulakan operasi mencari dan menyelamat di kedua-dua koridor itu adalah Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.

Beliau berkata, Malaysia telah mengerahkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke kawasan koridor selatan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Jelasnya, dua buah kapal milik TLDM itu ialah kapal peronda KD Kelantan dan KD Selangor termasuk sebuah helikopter jenis Super Lynx yang boleh beroperasi di atas kedua-dua kapal tersebut.

"Pihak Australia telah mengerahkan pesawatnya P-3C Orion ke kawasan Cocos dan Pulau Krismas. Hari ini juga Perdana Menteri Australia mengesahkan negara itu akan menghantar dua buah lagi pesawat iaitu P-3C Orion dan Hercules C-130.

"Pesawat US-P-8 Poseidon pula akan bergerak ke Perth hari ini bagi membantu operasi itu," katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan negara asing dalam siasatan tersebut, beliau mengesahkan pihak Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis hari ini telah menyertai pasukan mencari dan menyelamat pesawat itu.

Katanya, pasukan dari Perancis itu akan bersama DCA dan MAS untuk mengkaji data yang boleh membantu mengesan pesawat itu.

Sementara itu, Hamzah berkata, setakat ini lebih separuh daripada negara yang dihantar nota diplomatik itu telah memberi maklum balas positif bagi membantu Malaysia mengesan semula pesawat berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_04/26-negara-perhebatkan-operasi#ixzz2wGqkBfOM  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: