Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 March 2014

Laporan The Financial Times hina orang Melayu?






KOTA BHARU 15 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar laporan akhbar perniagaan terkemuka, The Financial Times semalam yang mengaitkan keupayaan orang Melayu dalam mentadbir negara ini dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar berkata, laporan yang memetik kenyataan dua individu iaitu Ben Suffian dari Merdeka Centre dan Wong Chin Huat (Penang Institute) itu amat biadab kerana menggambarkan seolah-olah kerajaan di bawah kepimpinan Melayu lemah.

Sehubungan itu, katanya, Perkasa menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas dua individu terbabit yang boleh dianggap cuba menghasut dan sengaja meniup api perkauman.

"Kenyataan mereka berdua dalam The Financial Times merupakan serangan secara terang-terangan kepada orang Melayu. Kita tidak mahu permohonan maaf, sebaliknya kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka.

"Mereka boleh dakwa itu pandangan peribadi dan tiada niat mahu menghina orang Melayu namun bagi Perkasa, kenyataan itu tetap menghina dan tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana sangat biadab dan kurang ajar.

"Perkasa turut menyelar pihak The Financial Times kerana menyiarkan kenyataan mereka berdua itu yang dirasakan tidak perlu. Api yang kecil jangan disimbah dengan minyak," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan watikah pelantikan 14 Ahli Jawatankuasa Perkasa Kelantan di sini hari ini.

Semalam, laporan The Financial Time bertajuk Aircraft crisis puts Malaysia's political system to test mempersoal keupayaan Malaysia menangani insiden kehilangan pesawat MH370 dengan sebahagian besar kandungan laporan itu menggambarkan pentadbiran negara di bawah pemimpin Melayu sebagai tidak kompeten.

Mengulas lanjut, Abd. Rahman berkata, menimbulkan persoalan kaum dalam pengendalian insiden berkaitan nahas pesawat udara jelas berniat jahat memandangkan kejadian hampir sama turut berlaku di negara lain.

"Siapa yang bawa pesawat Air France yang hilang selama lebih dua tahun baru jumpa bangkainya? Siapa CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Air France? Siapa pula Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri negara itu? Orang Melayukah?

"Dalam setahun berapa kali berlaku nahas pesawat udara di China atau di Amerika Syarikat yang jatuh dalam laut, ladang atau rempuh bangunan. Apakah juruterbangnya orang Melayu? Banyak pesawat hilang, setelah sekian lama baru ditemui, cekapkah pegawai-pegawai mereka jika dalam tempoh sebegitu baru jumpa?" soal beliau.

Beliau dalam pada itu meminta pihak berkenaan merenung kembali siapakah yang selama ini menerajui Malaysia dari sebuah negara miskin menjadi sebuah negara yang hampir maju.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_12/Laporan-The-Financial-Times-hina-orang-Melayu#ixzz2wBiuMVGj  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: