Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 March 2014

Dua koridor sangat luas - TUDM






BOT tempur milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghampiri kapal peronda pesisir pantai milik China ketika mengadakan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Laut China Selatan, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Mac - Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di kedua-dua koridor utara dan selatan seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melibatkan kawasan yang sangat luas dan terbuka kepada pelbagai kemungkinan.

Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, dua koridor yang berbentuk segi empat tepat itu digelar 'lembah tidak diketahui' yang bucu terdekatnya berjarak lebih 1,000 batu nautika dari sempadan tanah air.

Sehubungan itu, beliau berkata, misi SAR berkenaan akan menggunakan aset berkemampuan jarak jauh dan mampu beroperasi sehingga 16 jam seperti P-3C Orion dan Hercules C130 selain bantuan teknologi satelit berkaitan.

"TUDM kini sedang berbincang bagaimana menggerakkan SAR ini dengan lancar di dua koridor tersebut. Kenapa kita gunakan kod koridor? Sebab lokasinya luas seperti mencari jarum dalam jerami.

"Kedua-dua koridor ini seperti cerminan antara satu sama lain iaitu bahagian utara di sekitar Kazakhstan, Turkmenistan dan Tajikistan sehingga ke utara Thailand sementara bahagian selatan di sekitar Lautan Hindi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri hari ini mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370 sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan sewaktu berada dalam satu daripada dua koridor.

Mengulas lanjut, Ackbal berkata, penumpuan terhadap dua koridor itu dilihat akan mengubah kaedah SAR yang diamalkan sebelum ini dan kesemua pihak terlibat akan merangka pendekatan baharu berhubung gerak kerja masing-masing.

"Kita mempunyai keupayaan dan bantuan satelit untuk menjayakan SAR ini," katanya.

Selain pemantauan satelit daripada Amerika Syarikat (AS) serta komitmen tinggi 10 satelit daripada China, India juga bersetuju menggerakkan kedudukan satelit tentera lautnya Rukmini atau GSAT-7 untuk mengesan lokasi pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Malaysia yang mengetuai operasi itu telah menggerakkan asetnya iaitu 15 pesawat TUDM termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain 16 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta empat kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pesawat Bombardier CL415.

TLDM antaranya menggerakkan KD Mahawangsa, KD Kasturi, KD Lekiu, KD Pahang, KD Selangor, MV Mega Bakti yang mempunyai keupayaan mengesan objek dalam air sehingga kedalaman 1,000 meter serta pesawat Fennec dan pesawat Super Lynx.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_07/Dua-koridor-sangat-luas---TUDM#ixzz2wBhH10GR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: