Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 March 2014

MH370 mungkin dirampas






AKHBAR-AKHBAR luar negara Daily News, New York Post dan media online seperti Mail Online memaparkan berita terkini rampasan MH370.

WASHINGTON 15 Mac - Dua sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa, misteri kehilangan pesawat MH370 mungkin ada kaitan dengan ‘kegiatan rampasan’.

Mail Online melaporkan, bukti utama yang mengaitkan teori itu adalah ‘campur tangan manusia’ yang menyebabkan isyarat transponder pesawat itu berhenti beberapa minit sebelum sistem mesej dimatikan.

Selain itu sumber berkenaan yang enggan mendedahkan nama berkata, beberapa teori lain masih diambil kira dalam siasatan termasuk kemungkinan pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki sehingga menyebabkan krew dan penumpang penerbangan itu pengsan secara tiba-tiba.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali, dipercayai MH370 terbang ke barat laut Malaysia seperti yang dikesan radar tentera negara itu, sekali gus menunjukkan kapal terbang terbabit dikendalikan sama ada oleh juruterbang atau individu yang pakar dengan haluan tersebut.

"Kali terakhir pesawat itu dikesan radar tentera ketika menuju ke Kepulauan Andaman yang merupakan kawasan rantaian pulau antara Laut Andaman dan Teluk Bengal," kata kedua-dua sumber berkenaan.

Dalam pada itu, sumber ketiga yang dipercayai pegawai polis Malaysia memaklumkan, siasatan pihak berkuasa tertumpu kepada teori sama ada penglibatan individu atau kumpulan yang tahu mengawal kapal terbang dan mengubah laluan penerbangan.

"Siasatan ini tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti sabotaj dengan niat merampas pesawat itu," katanya tanpa mendedahkan identiti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_06/MH370-mungkin-dirampas#ixzz2wBgBFJak  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: