Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 13 March 2014

Pembangkang diselar main isu keputusan mahkamah






HULU LANGAT 12 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pakatan pembangkang yang memainkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pembangkang juga tidak prihatin apabila mempermainkan kejadian yang menimpa pesawat MH370.

Menurutnya, maklumat yang diperolehnya mendapati keputusan kes mahkamah melibatkan Anwar merupakan antara isu yang ditimbulkan pembangkang dalam kempen mereka pada PRK Kajang.

"Tetapi saya yakin pengundi Kajang bijaksana dan tahu bahawa negara kita ada sistem kehakiman.

"Ini bukan soal antara kerajaan dengan Anwar. Ini antara kes Anwar dengan Saiful (bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan) dan menjalani proses perbicaraan," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Taman Mesra, Kajang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang turut ditemani Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat dan mendengar taklimat tentang gerak kerja jentera BN di bilik gerakan PDM Sungai Chua, PDM Kajang Baru dan PDM Sungai Kantan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, terdapat tuduhan mengatakan kononnya keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar berhubung kes liwat berkenaan dibuat hampir dengan tarikh PRK Kajang adalah perbuatan BN.

"Ini adalah satu perkara yang cukup tidak bertanggungjawab kerana kes Anwar telah tertangguh berpuluh kali.

"Pastinya mahkamah mempunyai pertimbangan sendiri dan hakim membuat keputusan berasaskan pertimbangan perundangan, fakta dan bukti yang ada. Pembangkang seolah-olah tiada modal," katanya.

Tambahan pula, kata beliau, banyak orang sudah mula mempersoalkan mengapa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizan Wan Ismail yang bertanding bagi menggantikan Anwar.

Katanya, jika Anwar tidak boleh bertanding mengapakah beliau mengamalkan sikap nepotisme dengan meletakkan isterinya itu sebagai calon.

"PKR pernah menuduh BN mengamalkan nepotisme, tetapi mereka sendiri mengamalkan nepotisme, walaupun ini hak mereka tetapi mengapakah tidak memilih calon lain," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN yang beroperasi dalam keadaan baik dan bersemangat tinggi.

Katanya, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun juga memberangsangkan, namun meminta jentera terus melipatgandakan kerja bagi menarik seramai mungkin pengundi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140313/po_01/Pembangkang-diselar-main-isu-keputusan-mahkamah#ixzz2voQHBjMm  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : MEREKA BUKAN NYA ADA MODAL... SEBAB SEMUANYA SALAH UMNO...

No comments: