KUALA LUMPUR - PDRM mengukuhkan cengkaman peneraju Liga Perdana selepas membelasah PBAPP 4-0 menundukkan PBAPP di Stadium Petaling Jaya, semalam.
Kejayaan itu menyaksikan pasukan kendalian Dollah Salleh mengutip 18 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan.
Bobby Gonzalez membuka jaringan PDRM pada minit ke-23, sebelum Mohd. Munir Amran, Charles Souza Chad dan Ali Shafaq menambah tiga lagi gol.
Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sekadar seri 1-1 dengan Felda United. Gol tuan rumah dijaringkan oleh Buengo Andre Titi, manakala Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan Felda.
Johor Darul Tazim II (JDT II) pula mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang menerusi jaringan kapten, Shahril Ishak pada minit ke-51 dan Braulio Nobrega Rodriguez.
Aksi di Stadium Hang Jebat menyaksikan Kedah berpesta gol menundukkan SPA Putrajaya 4-1.
Gol Kedah disempurnakan Jose Franco Gomez, Mohd. Syazwan Zainon, Adam Aidil dan Billy Mehmet.
Di Stadium Darul Aman Perlis terikat 1-1 dengan Sabah. Farouk Hashim meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-36, sebelum Marwan Sayedeh menyamakan kedudukan.
Aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyaksikan DRB-Hicom menundukkan UiTM dengan keputusan 2-1.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140315/su_08/PDRM-kekal-peneraju-Liga-Perdana#ixzz2wBb55uWy © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment