Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 March 2014

Satu dunia berdoa, rakyat sendiri mempersenda


Oleh Rozaman Ismail





Seorang wanita menulis kata-kata harapan agar pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditemui di atas kain rentang yang diletakkan di ruang legar KLIA di Sepang, baru-baru ini. - AFP

SATU dunia sedang berdoa. Mereka mengharapkan keajaiban. Setelah masuk hari kelapan pencarian, pesawat MH370 masih tidak menunjukkan sekelumit pun tanda dan petunjuk.

Kaum keluarga yang terlibat dengan insiden ini apatah lagi. Mereka diselubungi pelbagai perasaan. Kesedihan, ketakutan, ketidaktentuan, harapan, kekecewaan dan sesetengahnya barangkali sudah berputus harap.
Betapa berat pun penanggungan itu, mereka masih tidak putus-putus berdoa. Mereka yakin doa mereka didengari.

Ketika satu dunia masih berdoa, segala ketumbukan tentera dari 13 negara bersatu dan tanpa rehat mencari jalan merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 ini. Pakar-pakar penerbangan dan kejuruteraan aeroangkasa walaupun ‘bingung’ tidak berhenti memerah otak.

Mereka seperti juga Malaysia, tidak menampakkan tanda akan mengalah. Mereka yakin lambat-laun, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu akan terjawab.

Kisah pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ini menyentuh hati sesiapa sahaja. Setiap orang yang membaca dan mendengar kisah ini berkongsi satu perasaan yang sama. Mereka mahu setiap yang berada di dalam pesawat ini kembali ditemukan dengan kaum keluarga masing-masing.

Bagaimanapun dalam saat-saat yang sukar ini, kaum keluarga mangsa berhadapan dengan satu lagi dugaan iaitu ‘perang khabar angin’ yang sungguh hebat.

Setiap hari mereka dihidangkan dengan pelbagai cerita yang sesetengahnya tidak sanggup didengar dan ‘sangat menakutkan.’ Cerita-cerita sedemikian berlegar kemudian membiak pantas dalam dunia maya yang tidak bersempadan ini. Walaupun pihak berkuasa menafikannya hampir setiap hari, cerita-cerita tidak betul ini tetap subur.

Percayalah khabar angin tentang insiden ini tidak akan mati waima terjumpa pesawatnya sekalipun. Hanya kekuatan diri dan doa sahaja sahaja yang mampu menjadi dinding penebat kepada ahli keluarga terbabit dalam berhadapan dengan situasi sebegini.

Tidak cukup dengan khabar angin, muncul pula segelintir manusia yang tergamak mempersendakan insiden ini. Menariknya mereka bukan calang-calang manusia. Mereka adalah golongan yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Peristiwa kehilangan pesawat dilihat dengan penuh sinis, serong dan dendam.

Bagai baru mendapat peluru dan tanpa sedikit belas kasihan pun ke atas keluarga mereka yang terlibat, pemimpin seumpama itu tidak menunggu lama. Tidak sampai sehari pun lagi kehilangan misteri pesawat tersebut, mereka sudah membedil habis-habisan.

Seperti biasa sasarannya adalah kerajaan. Kerajaan lemah, kerajaan lambat bertindak dan macam-macam lagi kerajaan!

Perbuatan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nama lagi pembangkang, selagi ada ruang menghentam kerajaan, mereka tidak akan sesekali melepaskan peluang ini.

Amat sukar untuk melihat wakil rakyat seperti ini menghargai usaha kerajaan termasuk apa sedang dilakukan sekarang.

Dengan segala kudrat yang ada, pihak berkuasa terlibat terutama kerajaan dan Malaysia Airlines (MAS) sudah melakukan segala-galanya, jauh sekali berpeluk tubuh.

Malaysia juga tidak keseorangan dalam menghadapi waktu-waktu sukar ini. Banyak negara luar menawar sokongan dan menghulur kerjasama yang terbukti dengan bantuan bertali arus tiba sejak hari pertama lagi. Walaupun hasilnya masih buntu, mereka tidak menampakkan riak putus asa.

Mendengar pemimpin politik ini berhujah, bunyi nada macam gah, tetapi fakta di dalamnya ‘banyak kurang cerdik.’ Para pengikutnya yang hadir pula sahut-menyahut kegembiraan. Sedangkan apa yang keluar daripada mulut wakil rakyat itu tidak ubah seperti lendir hitam sampah-sarap. Penonton pula menelan enak ‘lendir pembohongan’ yang jijik dan memualkan itu.

Inilah antara contoh sisi dangkal yang ada pada segelintir pemimpin politik pembangkang.

Insiden kehilangan pesawat yang kekal misteri sehingga sekarang akan terus dijadikan modal politik mereka. 
Sekurang-kurangnya untuk tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

Ketika satu dunia bersimpati dan berdoa untuk keselamatan mereka yang terlibat, kenapalah tidak boleh mereka berkata sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga mangsa.

Macam-macam boleh dilakukan kalau mereka mahu. Mempersenda dengan kata-kata sinis apatah lagi memperlekehkannya tidak akan membantu sebaliknya melukakan lagi perasaan semua pihak yang terlibat.

Katalah sesuatu yang boleh memberi kekuatan kepada mereka yang terlibat daripada menggali keburukan. Berilah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

Inilah padah apabila politik sudah kelam menguasai hati. Perlakuan dan tindak-tanduk semuanya digerakkan untuk mencari laba politik. Sedangkan ini bukan waktu untuk tuding jari siapa betul, siapa salah dan siapa pandai.

Alangkah baiknya jika waktu-waktu sebegini semua orang bersatu. Inilah juga masa terbaik untuk melupakan seketika ideologi politik. Sekurang-kurangnya memberi sokongan atas apa yang sedang kerajaan dilakukan.
Atau paling lemah pun duduklah diam-diam sambil berdoa agar MH370 ditemukan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140315/re_03/Satu-dunia-berdoa-rakyat-sendiri-mempersenda#ixzz2wBXkE6qA  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : APA NAK HAIRAN TAHAP PEMIMPIN PEMBANGKANG PUN SETARAF LENDIR HITAM SAMPAH SARAP , PENYOKONGNYA PULA UMPAMA LONGKANG YANG MENGUMPUL SEGALA JENIS SAMPAH SARAP DAN NAJIS... SEDAR-SEDARLAH DIRI TU SIKIT...

No comments: