Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 14 March 2014

Anwar, Azizah dicabar saman Christopher






KUALA LUMPUR 13 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar mengambil tindakan undang-undang ke atas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana mengeluarkan kenyataan perlakuan liwat Ketua Pembangkang itu dilakukan atas dasar suka sama suka.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan Christopher yang diyakini dibuat atas dasar profesional itu secara langsung telah mengesahkanKetua Pembangkang itu terlibat dalam perlakuan homoseksual dan perkara tersebut perlu dijelaskan segera.

"Kenyataan ini adalah sesuatu yang serius apatah lagi dibuat Presiden Majlis Peguam. Walaupun Christopher mengkritik hukuman penjara ke atas Anwar tetapi beliau mengesahkan perlakuan liwat berlaku. Wan Azizah terutamanya perlu menjelaskan perkara ini kerana di Kajang beliau mendakwa kononnya Anwar telah dianiaya.

"Jika beliau merasakan suaminya 'suci', Wan Azizah perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas Christopher. Saya percaya jika kenyataan begini dibuat pihak lain, pasti tindakan saman telah dibuat. Rakyat kini nak tengok sejauh mana keberanian Wan Azizah dan Anwar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 9 Mac lalu, menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan di laman web rasmi Majlis Peguam, Christopher menyifatkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan ke atas Anwar sebagai tidak wajar kerana perbuatan liwat tersebut dakwanya 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Menurutnya, hukuman itu berasaskan kepada peruntukan 'lapuk' kerana kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah, hanya digunapakai jika perbuatan dilakukan atas dasar paksaan sedangkan dalam kes tersebut, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

Pada 7 Mac lalu, Anwar dihukum penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Zahid berkata, kenyataan Christopher dan keputusan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan bahawa tindakan beliau dan sebahagian besar Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan Anwar adalah tepat kerana menyedari penyakit moral yang dihidapi Ketua Pembangkang itu sukar diubati.

"Pemimpin bukan sahaja perlu bersih dan mesti kelihatan bersih tetapi dalam kes Anwar ini, keputusan Mahkamah Rayuan serta kenyataan Christopher boleh diibaratkan sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau menghadapi masalah moral yang kronik dan rakyat perlu insaf mengenai perkara ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140314/ma_03/Anwar-Azizah-dicabar-saman-Christopher#ixzz2vtwHyxFA  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: