DARI UTUSAN MALAYSIA
10/7/2012
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
yang berterusan mengisytiharkan 'niat' untuk melawan legasi yang
digelarnya sebagai 'Mahathirisme'.
Jelas Dr.Mahathir, beliau sendiri tidak memahami erti 'Mahathirisme'
tetapi ia jelas merupakan sesuatu yang menakutkan dalam pemikiran Kit
Siang.
''Saya tertanya-tanya mengapa Kit Siang begitu takut kepada saya?
Ketakutan beliau yang terbaru adalah tentang apa yang beliau sebut
sebagai 'Mahathirisme'. Jadi beliau telah mengisytiharkan niatnya untuk
melawan 'Mahathirisme'.
''Sebenarnya 'Mahathirisme' mati selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi
mengambil alih pentadbiran daripada saya pada 2003. Beliau mengubah
UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan begitu banyak sehingga tidak
lagi menyerupai institusi yang saya tahu. Saya juga terpaksa 'meletakkan
jawatan' daripada UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu mengulas kenyataan Kit Siang menerusi blognya, http://blog.limkitsiang.com yang mahu menentang 'Mahathirisme'.
Dr. Mahathir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bukanlah individu yang rapat dengan beliau dan memiliki pasukan
penasihat serta polisi-polisi tersendiri.
''Ya saya aktif berkempen untuk UMNO dan BN. Ini adalah kerana ia
masa untuk saya 'bayar' balik kepada UMNO dan BN. Saya menjadi Perdana
Menteri kerana UMNO dan BN sokong saya. Saya terhutang budi. Rasa
terhutang budi itu ditunjukkan dengan cara membantu UMNO dan BN diterima
rakyat dan menang.
''Sudah tentu dalam menyokong UMNO dan BN, saya juga akan membantu
anak saya, Datuk Mukhriz Mahathir. Apabila saya menjadi Perdana Menteri
dahulu, saya tidak membenarkan anak-anak saya aktif dalam politik,''
tegasnya.
Ujarnya, jika Najib memilih Mukhriz sebagai calon pada pilihan raya
umum akan datang, beliau akan turut membantu berkempen untuk Mukhriz
termasuk calon-calon BN atau UMNO lain.
''Kit Siang juga membantu anaknya, Lim Guan Eng sehingga menjadi
Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru, saya tidak ambil kisah sama ada
beliau mahu memusnahkan 'Mahathirisme' atau tidak. Ia hanya tindakan
sia-sia kerana 'Mahathirisme' adalah khayalan beliau semata-mata,''
tambahnya.
KOMEN : BUKAN APA, CINA RASIS NI DENGKI SANGAT KAT TUN. M.. SEBAB WALAUPUN DAH BERSARA TAPI MASIH MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT... DIA YANG TAK PENCEN-PENCEN PUN ORANG DAH TAK PANDANG DAN MAHU MENYOKONG... SEBAB TU DIA CUBA NAK LAWAN LAGENDA TUN M...TAPIKAN APA SUMBANGAN LKS NI PADA NEGARA YA ????
1 comment:
KIT SIYAL PATUT TANYE DIRI SENDIRI APSAL DIA BIARKAN ANAK DIA BERGELUMANG POLITIK RASIS DAN DIA PLAK SBG PUNAISIHAT RASIS ANAK DIA. BAPAK RASIS ANAK PUN RASIS SAME KEHKEHKEHKEH
Post a Comment