DAP 'undang' bantahan rakan
KUALA TERENGGANU 9 Julai - Ketua Dewan Ulama
Pas, Datuk Harun Taib menyifatkan ia suatu tindakan mengejutkan
jika benar DAP berhasrat untuk bertanding bagi 90 kerusi Parlimen pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, ia pasti mengundang bantahan kerana setahu beliau,
kesemua parti dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Pas dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mengadakan perbincangan berhubung
hasrat tersebut.
Beliau menegaskan, DAP sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan
Pas dan PKR mengenainya sebelum membuat keputusan tentang kedudukan
serta jumlah kerusi yang akan ditandingi.
Harun juga menggesa DAP mendapatkan persetujuan daripada Datuk Seri
Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sebelum membuat sebarang
keputusan dan bukan bertindak bersendirian.
"Sebenarnya saya belum tahu pasal ini (hasrat DAP tanding 90 kerusi
parlimen). Ini pertama kali saya dengar. Mereka (DAP) kena tanya rakan
parti lain dulu lah (Pas dan PKR). Kena tanya Anwar Ibrahim dulu lah
sama ada setuju atau tidak.
"Saya tak dapat jelaskan perkara ini sebab kita belum bincang lagi.
Yang penting, ia kena bincang dulu sesama parti lain dalam pakatan
pembangkang.
"Yang pasti, ini bergantung kepada persetujuan Pas dan PKR dulu
sebelum kita buat keputusan dan setakat ini, kita belum putus lagi,"
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harun menyatakan demikian sebagai mengulas hasrat DAP untuk
bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU-13, seperti didedahkan sebuah
blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com.
Pendedahan blog tersebut turut mendapat sokongan daripada blog www.mykmu.net selain pisau.net. Berdasarkan pendedahan itu, Pas pula akan bertanding 66 kerusi, jauh
lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi dan jumlah itu senasib
dengan PKR yang juga diperuntukkan 66 kerusi.
Harun berkata, sekiranya DAP tetap dengan keputusan untuk bertanding
di 90 kawasan Parlimen, ia akan mengundang bantahan daripada rakan parti
lain dalam pakatan pembangkang.
Sebaliknya, tegas beliau, DAP perlu akur dengan permintaan serta
tuntutan daripada Pas atau PKR atas semangat 'setiakawan' dalam satu
pakatan.
''Pakatan (pembangkang) bukan macam dalam BN. Kita belum ada
keputusan muktamad lagi. Tapi kalau mereka (DAP) teruskan juga hasrat
itu dan kita tak setuju, mereka kena akur (kehendak Pas dan PKR),"
ujarnya.
Ditanya sama ada hasrat DAP itu membuktikan parti itu akan menjadi
'tulang belakang' dan dominan apabila pakatan pembangkang memerintah
kelak, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
KOMEN : TAK PAYAHLAH NAK MENYALAK BUANG AIR LIOR BASI PADA DAP, MEREKA PEDULI APA DENGAN PAS DAN PKR, SELAMA INI PUN MEREKA BERTANDING SENDIRI SEBELUM TERUJUDNYA PARTI KENCING RAKYAT INI (PKR). MEREKA NI SAMA-SAMA SUKA MAIN BELAKANG...
1 comment:
KEHKEHKEH PASRAEL BARU TAU CMNE RASENYE KENE LIWAT DGN SI PELIWAT DAN KOMUNIS BROO. TP DIORANG TAK KESAH PON SBB PONGGONG DIORANG DH KEBAS. TAKDE RASE APE HUHUHUHU
Post a Comment