Pendengaran awam Selcat sia-sia
TANJONG KARANG 29 Jun - UMNO Selangor menyifatkan
sesi pendengaran Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban
dan Ketelusan (Selcat) yang diadakan kerajaan negeri berhubung isu
padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya hanya
membuang masa.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sesi pendengaran
awam itu sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana ia tidak akan
menyelesaikan masalah dan tiada sebarang tindakan akan diambil oleh
kerajaan negeri ke atas mereka yang terlibat jika wujud elemen
penyalahgunaan kuasa.
''Kita percaya Selcat hanyalah satu tindakan kerajaan negeri untuk
mengaburi mata rakyat selain untuk menutup kelemahan mereka dalam
mentadbir di negeri ini.
''Malah sebarang keputusan yang dibuat oleh Selcat tidak akan membawa
ke mana-mana termasuk jika ada elemen salah guna kuasa. Sesi
pendengaran awam Selcat hanya sekadar untuk menunjukkan kononnya
kerajaan negeri mengamalkan ketelusan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata
demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan mesin
rumput dan mesin penyembur racun di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 611 petani di kawasan Parlimen Tanjong Karang menerima bantuan berjumlah RM1.8 juta itu.
Bantuan tersebut merupakan inisiatif di bawah Majlis Pembangunan
Pertanian Parlimen (MPPP) kawasan itu bagi meningkatkan pendapatan
golongan petani.
Noh mengulas langkah kerajaan negeri mengadakan sesi pendengaran awam
Selcat mengenai kemelut status dan zon pengunaan tanah padang PKNS.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mencabar kerajaan negeri
supaya mengambil tindakan jika ada pihak yang didapati bersalah sama ada
ahli politik atau penjawat awam yang terlibat dalam penyalahgunaaan
kuasa hasil daripada sesi pendengawan awam Selcat itu.
KOMEN : APA PUN TAK BOLEH... SELCAT INI PUN DARI JENIS KUCING KURAP YANG DIPUNGUT DITEPI JALAN... KALAU DAH KEPALANYA KURAP APALAGI EKORNYA... SEMUANYA SALAH UMNO....
No comments:
Post a Comment