Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 3 July 2012

ANWAR KATA HARGA TURUN, TAPI KALAU....

Kerajaan perlu kawal subsidi



KUALA LUMPUR 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, walaupun Malaysia merupakan pengeluar minyak, namun permintaan dalaman terhadap bahan bakar tersebut adalah hampir sama dengan jumlah eksport, sekali gus menjadikan negara ini sebagai 'marginal net exporter' (pengeksport bersih marginal).

Menurut Perdana Menteri, minyak keluaran Malaysia sebenarnya lebih sesuai untuk pasaran antarabangsa manakala bagi keperluan dalam negara, kerajaan terpaksa mengimportnya dari negara-negara seperti di Asia Barat.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan mengamalkan satu dasar yang berhemah dan tidak mampu mengenakan atau mengeluarkan subsidi terlalu tinggi kerana mahu menggunakan kekayaan minyak untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi.

Menurutnya, kerajaan telah memberi sumbangan besar kepada rakyat Malaysia melalui jumlah subsidi yang pada masa sekarang melebihi RM2 bilion setiap bulan.

"Kalau kita lihat sebagai contoh satu liter RON95 ada jumlah subsidi RM0.82 sen satu liter. Maknanya kalau kita bayar RM1.90 satu liter, kita sepatutnya bayar RM1.90 campur RM0.82 sen tambahan.

"Dan kalau kita kira satu tangki penuh maknanya lebih kurang 25 liter, kita akan jimat perbelanjaan antara RM25 hingga RM30 sekali kita isi tangki kereta kita sepenuhnya. Ini merupakan penjimatan sebenar yang kadang-kala kita tak sedari," katanya menjawab soalan dikemukakan seorang daripada rakan online Najib Razak yang dimuat naik dalam blog www.1malaysia.com.my semalam.

Soalan tersebut ditanya oleh Danny Fentom yang mahu mengetahui mengapa Malaysia menetapkan harga minyak berdasarkan harga pasaran dunia sedangkan negara ini merupakan pengeluar minyak dan adakah Malaysia mengimport minyak dari negara lain dan jika begitu, apakah gunanya Petronas.

Kata Perdana Menteri: "Kalau kita gunakan semua kekayaan kita untuk memberi subsidi pada minyak, ini menambahkan 'consumption' (penggunaan). Kalau kita tambahkan 'consumption' kita tidak membina 'productive asset' untuk masa depan negara kita.

"Dan satu hari nanti minyak pasti akan pupus, minyak akan berkurangan, jumlah minyak pengeluaran akan berkurangan dan pada masa itu, kita akan menghadapi satu keadaan yang cukup berat. Dan sebab itulah kita mesti gunakan sumber minyak kita dengan bukan saja kepentingan jangka pendek tetapi juga jangka panjang negara kita."

Sementara itu, menjawab soalan dari seorang lagi rakan online, Nidel Rose berhubung Skim Rumah Pertamaku, kata Najib, kerajaan sedar pemilikan rumah merupakan keperluan kepada rakyat.

"Dalam konteks sebuah ekonomi yang terus berkembang pesat, sudah tentu harga tanah dan harga rumah akan terus bertambah lebih tinggi berikutan tekanan ekonomi. Kalau kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi, maka harga rumah akan terus melambung lebih tinggi," katanya.

Najib berkata, kerajaan telah mengambil dua langkah untuk memperluaskan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat miskin dan berpendapatan sederhana serta sederhana rendah iaitu mengawal permintaan ataupun mengurangkan tekanan spekulasi.

Beliau berkata, dari sudut penawaran pula, kerajaan mesti menambah jumlah rumah dan ia telah dilakukan melalui projek perumahan rakyat serta Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dengan sasaran rakyat berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Katanya, kerajaan juga telah menetapkan dasar baru bagi rakyat yang menepati syarat Skim Rumah Pertamaku dan berpendapatan RM5,000 ke bawah iaitu mereka tidak perlu membayar wang pendahuluan sekali gus mendapat pinjaman penuh daripada institusi kewangan.


KOMEN : BAGI ANWAR SEMUANYA BOLEH DITURUNKAN DAN DIBAGI PERCUMA KALAU DIA JADI PM... DALAM DUNIA NI MANA ADA YANG PERCUMA... NAK KENCING TIPU ORANG PUN DAPAT 30K KATA ARTIS YANG BARU DAPAT MASUK SYURGA NIK AZIZ... NAK BERHIMPUN BERSIH PUN LU KASI BAYAR APA CERITA....?

No comments: