Pusat tolak Selangor ambil alih Syabas
PUTRAJAYA 23 Julai - Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Kabinet mengenai Isu-isu Air Selangor hari ini menolak cadangan kerajaan
negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
jawatankuasa tersebut mendapati ada beberapa perkara substantif dan
membabitkan prosedur yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan negeri dan
juga Syabas.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan meminta pandangan
muktamad daripada Peguam Negara berhubung perkara tersebut secepat
mungkin.
''Mesyuarat hari ini berpendapat walaupun ada peruntukan klausa 32
dalam perjanjian konsesi yang mengatakan dengan persetujuan Kerajaan
Pusat, maka kerajaan negeri boleh mengambil alih pengurusan Syabas.
''Tetapi kita mendapat nasihat bahawa cadangan itu tidak boleh
dipertimbangkan kerana ada beberapa yang dianggap substantif dan
prosedural gagal dipenuhi oleh kerajaan negeri dan juga Syabas,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Isu-isu Bekalan Air
Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter
Chin Fah Kui serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris
Jala.
Pada 19 Julai lalu, kerajaan negeri memberi tempoh dua minggu kepada
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan
berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syabas.
Cadangan pengambilalihan itu dibuat kerana kerajaan negeri mendakwa
telah bersedia sepenuhnya untuk berbuat demikian serta memastikan
peralihan pengurusan berjalan lancar.
Menurut Muhyiddin, antara perkara substantif tersebut adalah
berhubung air tak berhasil (NRW) yang diletakkan di bawah tanggungjawab
Syabas sebagaimana termaktub dalam perjanjian konsesi.
Beliau menambah, ia juga ada kaitan dengan kegagalan kerajaan negeri
membuat keputusan membenarkan kenaikan kadar tarif air pada tahun 2009.
''Ia tidak diluluskan oleh kerajaan negeri dan dalam perjanjian itu
disebut tentang pampasan yang perlu dibayar berikutan keputusan itu dan
perkara itu kini dalam mahkamah," katanya.
Ditanya jika kerajaan negeri boleh memenuhi perkara substantif dan
prosedural itu, beliau berkata, ia mesti berpandukan kepada perjanjian
konsesi dan kedua-dua pihak mesti bersetuju berhubung cadangan tersebut.
''Perlu ada pihak yang ingin membeli dan masa yang sama, perlu ada pihak yang ingin menjualnya," katanya.
Menjawab soalan mengenai ketiadaan wakil kerajaan negeri Selangor,
beliau berkata, mesyuarat pada hari ini adalah untuk peringkat
Persekutuan meneliti pelbagai isu tersebut daripada pelbagai sudut.
''Tetapi dalam beberapa perkara tertentu, kerajaan negeri akan terlibat," katanya.
KOMEN : KHALID NI FIKIR PASAL KLAUSA PIHAK DIA AJE... PIHAK LAIN PUNYA KLAUSA DIA TAK AMBIL PEDULI... KITA SEBAGAI RAKYAT JUGA YANG JADI MANGSA... BINGAI BETUL...
1 comment:
SLM BRO..APE KATA KITE KURUNG JEK SI KHALID BENGAP NI KAT TINGKAT PALING ATAS UMAH FLET YG TKDE PENGHUNI. PASTU MATIKAN SUIS LIF, POTONG AIR SELAMA SEMINGGU. KITE TENGOK DIA BLEY HIDOP KE TAK KEHKEHKEHKEH
Post a Comment