Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 July 2012

Kenyataan berhelah Anwar dan berhemah Ezam




RENCANA Azman Anuar dalam Utusan Malaysia (5.7.12) mengenai Anwar Ibrahim ingin mengundur diri daripada politik menarik untuk direnung. Kenyataan Ezam Mohd. Nor dalam AIDC News (5.7.12); “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya lakukan hampir segala-galanya," menarik untuk diberi perhatian.

Berhelahnya kenyataan Anwar sekian lama mengamalkan sindrom penafian dan cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti tinggi tanpa memberi penjelasan rasional terhadap apa yang berlaku.

Jalan mudah bagi Anwar ialah menuduh orang lain melakukan konspirasi dan dibeli oleh UMNO. Sedangkan sehingga kini pun tiada bukti diberikan dan konspirasi hanya kenyataan berhelah. Keputusan kes liwatnya dengan Saiful adalah bukti yang nyata mengenai keadilan mahkamah yang dikatakannya zalim.

Kisah menawan Putrajaya 16 September 2008 menjadi saksi dan kenyataannya mengenai beberapa pimpinan UMNO Sabah berpaling tadah menjadi bukti yang lain pula.

Kenyataan berhelah Anwar untuk berundur adalah bermaksud untuk memancing perhatian bahawa dia sedang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya. Mesejnya yang tersirat supaya pendukungnya bekerja bersungguh-sungguh supaya impiannya ke Putrajaya menjadi. Kalau tidak ia bakal kembali mengajar.

Mengajar di sini ada tiga tafsiran. Satu hidupkan kembali Yayasan Anda yang telah sekian lama terkubur. Atau kembali ke Washington untuk mengajar semula atau bersama dengan teman-teman rapatnya di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor yang sikap partisan mereka banyak melakukan penggilapan Anwar sebagai manusia yang membawa pencerahan dan manusia “Anugerah dari Tuhan".

Isu integriti yang harus direnung oleh Anwar dan kawan-kawan partisannya apabila kenyataan berhemah Ezam berkata “Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula".

Suruhan Wan Azizah dari Washington itu adalah kenyataan yang serius tentang integriti Anwar. Sehingga kini Wan Azizah tidak menafikan kenyataan Ezam itu. Dan sikap yang diambil oleh seorang insan seperti Ezam adalah wajar baik dilihat dari segi moral mahupun syarak.

Menuduh Ezam melakukan konspirasi terhadap Anwar atau dibeli oleh UMNO adalah madah berhelah Anwar yang sehingga kini tanpa bukti. Tetapi kalau Anwar dituduh dengan bukti, sindrom kebisuan pula timbul.

Mana mungkin terlalu banyak isu integriti yang berbangkit baik daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ummi Hafilda, kenyataan Wikileak Lee Kuan Yew mengenai Anwar, dua bab tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku biografinya Doktor Umum, kenyataan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid dan Ab. Razak Idris mengenai akaun RM3 bilion dipandang terlalu remeh.

Atas nama integriti Anwar kena beri respon dan bertindak sesuatu supaya integriti dirinya terpelihara dan keyakinan pengikut terhadap dirinya terjaga. Tentu ada sesuatu yang tidak kena apabila 28 orang pengikut tegarnya suatu ketika dulu meninggalkannya dan kini bergabung dalam TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) untuk melondehkan integritinya.

Hairannya orang kenal Anwar hanya pada ucapan berhelahnya tidak pernah terdetik dalam hati untuk mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Anwar dalam kaitannya dengan isu-isu yang berbangkit, pendirian pluralisme yang diambil lebih-lebih lagi hubungan Anwar dengan kelompok eksklusif di Amerika Syarikat.

Apakah kerana taksub yang tinggi dan fanatik yang melulu menyebabkan sebahagian orang ilmuwan dan pengkaji yang mempunyai disiplin akademik pun tidak berganjak daripada pendirian bahawa Anwar teraniaya dan terjebak dengan konspirasi walaupun tanpa alasan atau bukti.

Bagi Ezam yang pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan Anwar, dilihat sebagai klon Anwar ketika bercakap tentu ada sebab besar mengapa ia menarik diri daripada Anwar.

Kenyataan berhemah Ezam, “Dan memang cukup besar yang menyebabkan bukan persoalan politik lagi, menyabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahuwataala. Sebab itu saya membuat keputusan untuk meninggalkannya".

Kenyataan Ezam ini sangat jelas. Sepatutnya Ezam didekati ditanya secara terperinci apa maksud kenyataan berhemahnya itu terutama di kalangan pengagum Anwar dan orang yang mengalami penyakit ‘mati rasa’.

Yang paling penting atas nama integriti, Wan Azizah perlu respon kenyataan Ezam itu dan tidak mengambil sikap membisu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Orang yang beriman akan berdiri teguh dengan kebenaran kerana kebenaran lambat-laun akan tegak menampakkan wajahnya. Itu firman Allah.

KOMEN : YANG BODOH, PENYOKONG ANWAR YANG DITIPU DAN DIKENCINGKAN... OTAK ADA TAPI BERFIKIR GUNAKAN LUTUT...

1 comment:

Anonymous said...

yang bodoh adalah manusia yg melihat manusia lain malakukan penyelewengan harta negara, menolak hukum ALLAH dan masih lagi menyokong manusia tersebut.Orang yang mengaku ISLAM adalah kufur jika tidak membantu hukum ALLAH dari ditegakkan. Sokong UMNO bermaksud menyokong hukum ALLAH dari dilaksanakan. Tanya diri sendiri samada menyokong ISLAM atau tak...