MINGGUAN MALAYSIA
22/7/2012
PEKAN 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun
pembangkang tidak menyokong kerajaan tetapi mereka tidak boleh
menghalang usaha baik yang dilakukan demi kepentingan rakyat.
Perdana Menteri berkata, sikap pembangkang yang menghalang kerajaan
melakukan sesuatu perkara baik hanya keuntungan politik semata-mata
"Kita terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan dilemparkan oleh
pihak yang tidak suka pada Felda dan kerajaan untuk berjaya.
"Sebenarnya dalam hal ini, kita tidak boleh main politik. Sepatutnya
jangan halang, tak sokong pun tak apa, jangan menghalang sesuatu perkara
baik untuk rakyat seperti penyenaraian Felda Global Ventures Holdings
(FGV)," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian
Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan
Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.
Hadir sama, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhamad; ADUN Chini,
Datuk Abu Bakar Harun, ADUN Peramu Jaya, Ibrahim Awang dan ADUN Pulau
Manis, Khairuddin Ahmad.
Turut sama pada majlis itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalan Pengurus Besar Felda, Faizoul
Ahmad.
Bagi pemberian durian runtuh fasa kedua, para penerokawati Felda
Gugusan Chini di sini menerima sebanyak RM16.75 juta manakala seramai
372 orang termasuk warga emas dan Orang Asli menerima sumbangan cermin
mata daripada syarikat swasta di sini.
Najib berkata, kejayaan penyenaraian FGV itu menyaksikan para
peneroka, isteri dan anak-anak mereka mendapat faedah sekali gus memberi
sokongan padu pada kerajaan.
"Mereka (pembangkang) nak gagalkan perancangan ini, biar peneroka tak
dapat durian runtuh asalkan mereka untung daripada politik," katanya.
Kata beliau, sekiranya kerajaan boleh menjana kekayaan melalui
penyenaraian FGV maka para peneroka akan mendapat manfaat yang lebih
besar hasil daripada perancangan itu.
KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI... MEREKA AKAN BANGKANG SEGALA KEBAIKAN DAN KESENANGAN YANG KERAJAAN BERIKAN UNTUK RAKYAT... TAPI MEREKA AKAN SOKONG SEGALA AGENDA DAP UNTUK HANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU... CARA MEREKA MEMERINTAH PUN BANGKANG SELAGI BOLEH...
No comments:
Post a Comment