Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 9 July 2012

PM LIMA HARI - BERHENTI AJELAH...

Bersara sekarang - Dr. M

Dr. Mahathir Mohamad berbincang sesuatu dengan Vaclav Klaus pada kunjungan hormatnya ke atas Presiden Republik Czech tersebut di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya bersara daripada politik sekarang dan bukannya menunggu sehingga pakatan tersebut kecundang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberikan nasihat tersebut berkata, tiada guna Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kekal dalam politik hanya kerana mahu mengejar impian menjadi Perdana Menteri.

"Dia (Anwar) patut bersara sekarang. Tak ada guna langsung. Dia punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri.

"Kita buat (lantik) dua Perdana Menteri, bagi dia satu PM Kehormat selama lima hari (selepas pembangkang tewas), lepas itu dia boleh bersara," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas 'hasrat' Anwar untuk bersara daripada politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang tidak mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti dilaporkan oleh Financial Times, Selasa lalu.

Dr. Mahathir menambah, kenyataan itu sebenarnya satu retorik politik Anwar.

"Kalau dia kalah pun dia dok (masih) niat lagi nak jadi Perdana Menteri ni," katanya sinis.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk kerajaan PKR Selangor 'menyelamatkan' Talam Corporation Bhd. (kini Trinity Corporation) dengan menggunakan wang rakyat pada kadar yang amat tinggi seperti didedahkan oleh MCA baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu menunjukkan PKR selama ini hanya pandai mengkritik kerajaan Pusat namun bertindak dengan lebih buruk apabila berkuasa.

"Tak baik kalau kita salah guna duit rakyat kerana duit kerajaan semuanya duit rakyat. Jadi kalau kita belanja duit dengan cara salah atau tidak bijak, maka kita salah gunakan kuasa," tegasnya.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, para usahawan di negara ini berpeluang bekerjasama dan mengembangkan perniagaan di Republik Czech berdasarkan persamaan dasar kedua-dua negara.

Kata beliau, persamaan itu amat jelas apabila negara itu pernah menolak tawaran pinjaman Bank Dunia serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti dilakukan Malaysia ketika menghadapi krisis kewangan Asia 1997.

Selain itu, katanya, republik berkenaan juga pernah menjadi negara industri tersohor sebelum Czechoslovakia berpecah dengan mengeluarkan pelbagai produk untuk pasaran di Eropah.

KOMEN : BERHENTI AJELAH DARI JADI PM LIMA HARI.... MEMALUKAN... ORANG BODOH AJE YANG MASIH MENYOKONG ANWAR NI....

No comments: