Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 5 July 2012

Myanmar ubah profil pemain?



Pemain skuad Harimau Muda tiba dari Myanmar di KLIA, Sepang semalam setelah menduduki tempat ketiga dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun setelah kalah 1-2 kepada pasukan tuan rumah, kelmarin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR - Setelah menyedari helah mereka berjaya dihidu, Myanmar dilihat cuba melindungi kesalahan menyenaraikan pemain melebihi had umur pada kelayakan Piala Asia Bawah 22, dengan mengubah profil pemain dalam laman web kelab.

Antara pengubahsuaian maklumat yang berjaya dikesan dan menjadi bahan kutukan di laman sosial, Facebook ialah tarikh lahir penyerang mereka, Kaung Si Thu dan ketua pasukan, Kyaw Zayar Win. Berdasarkan laman web rasmi kelab yang diwakili Si Thu, Yangon United F.C kelmarin, tarikh lahir pemain itu ialah 22 Januari 1987 iaitu berusia 25 tahun,

Bagaimanapun semalam tarikh lahirnya telah ditukar kepada 22 Januari 1993, bermakna dia baru berusia 19 tahun.

Laman web berbentuk informasi, Wikipedia juga dikesan terdapat perubahan maklumat skuad bawah 23 tahun negara itu yang pada mulanya menyiarkan tarikh lahir sebenar beberapa pemain yang melebihi had umur sebelum diubah kepada tahun yang lain.

Isu menyenaraikan pemain melebihi umur pernah menjadi tajuk akhbar di Myanmar.

Menurut laporan MyanmarTimes yang ditulis oleh Aung Si Hein Februari lalu bertajuk Manipulasi Umur Merbahaya, penipuan umur pemain menjadi polisi tidak rasmi Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF).

Laporan itu juga memetik pengurus Yangon United, Aung Kyaw Lwin, mengakui tidak menyukai perbuatan menipu umur pemain, tetapi perkara itu sudah menjadi kebiasaan di Myanmar.

Laporan berita itu juga menyebut antara sebab MFF memejamkan mata dalam soal pemain senior menyertai pasukan remaja ia adalah untuk memastikan latihan yang mencukupi.

Sebagai persediaan Sukan SEA tahun depan di mana Myanmar akan menjadi tuan rumah, pemain bawah 21 telah dihimpun secara mingguan dan menyertai perlawanan antarabangsa.

Ini bermakna pemain berusia 21 tahun mereka akan menjangkau usia 22 tahun dan masih boleh beraksi di Sukan SEA, yang membenarkan pemain bawah 23 tahun bermain dalam acara bola sepak.
Bagaimanapun polisi Myanmar mula berubah selepas mereka membenarkan lima pemain yang melebihi umur berada dalam skuad tersebut.

KOMEN : BUAT AJE LAPORAN, YANG PENTING PENIPUAN MEREKA DIBONGKAR... TIADA SEMANGAT KESUKANAN LANGSUNG... MENANG ALA PENYAMUN...

No comments: