Minta Anwar buat kenyataan
PULAU PINANG 14 Julai - Wanita yang dikaitkan
dengan isu RM3 bilion, Zaliah Zakaria meminta Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berhubung perkara itu bagi
membersihkan namanya.
Katanya, kenyataan itu penting kerana selain dapat menjelaskan
perkara sebenar kepada masyarakat, ia juga dapat mengelak pandangan
serong orang ramai terhadapnya dan keluarga.
"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.
"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu
itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama
saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini.
Terdahulu, Zaliah membuat aduan kepada Pertubuhan Islam Gabungan Amal
(Pertiga) Malaysia melalui Biro Pengaduan Awamnya di Bukit Jambul
kerana menjadi mangsa politik sehingga mengancam ketenteraman ahli
keluarganya.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pengakuan Zaliah yang
dikatakan wanita misteri oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali
berhubung pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion oleh Anwar.
Zaliah berkata, salah seorang daripada tiga anaknya turut terkena
tempias yang sama daripada rakan sekolah sehingga enggan meneruskan sesi
persekolahannya.
"Saya berasa tertekan kerana ada kenalan terdekat yang menggelar saya
sebagai gundik kepada Anwar. Mana lagi saya nak lari, kecuali dalam
lubang kubur dan disebabkan masalah ini saya telah membuat laporan polis
di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya
Zaliah berkata, kenyataan Ummi Hafilda bahawa beliau mengenali Anwar
serta cukai pendapatannya mencecah RM50 juta dan memiliki atau mempunyai
kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo,
kebanyakannya di Pulau Pinang turut menyebabkan keselamatan keluarganya
terancam.
Bagaimanapun, Zaliah enggan mengulas mengenai cukai pendapatan RM50 juta itu.
"Saya bimbang disebabkan kenyataan Ummi Hafilda itu, keselamatan
anak-anak saya dalam bahaya kerana bimbang mereka diculik," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau turut meminta Ummi Hafilda agar membuat
penjelasan mengenai perkara tersebut untuk mengelakkannya daripada terus
dikaitkan dengan isu itu.
Sementara itu Presiden Pertiga, Sabaruddin Ahmad mengingatkan Anwar
agar jangan terlalu selesa dengan sikap berdiam diri sehingga membiarkan
pihak ketiga menjadi mangsa tohmahan dalam agenda politik beliau.
KOMEN : MANA BERANI ANWAR NAK BERSUARA... SIAPA YANG NAK PERCAYA? ANWAR FIKIR DIA AKAN SELAMAT DENGAN BERDIAM DIRI... MANA MAHU SEMBUNYI...? JAWABLAH KALAU BUKAN PONDAN....
No comments:
Post a Comment