DARI UTUSAN MALAYSIA
9/7/2012
KUALA LUMPUR 8 Julai - Lebih 50,000 orang
menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena
Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) Peringkat Negeri Selangor di Teras
Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.
Karnival yang berlangsung di tapak letak kereta, Akademi Lembaga
Hasil Dalam Negeri di sini padat dengan ribuan rakyat seawal pukul 8
pagi.
Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 11 pagi di tapak karnival
JJD itu disambut dengan sorakan 1Malaysia dan nyanyian lagu 'Inilah
Barisan Kita'.
Bukan setakat itu, rata-rata rakyat yang hadir bersama-sama berbaju jingga tanda sokongan kepada karnival yang masuk kali ke-6.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Selepas ucapan perasmian, Najib dan Rosmah mengambil kesempatan melawat kira-kira 30 gerai yang ada di tapak karnival.
Antara gerai yang dilawati adalah gerai Kementerian Dalam Negeri,
Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Telekom Malaysia dan gerai 1MDB.
Terdahulu, Najib sempat beramah mesra dan bertemu dengan penduduk tempatan di Pasar Awam Seksyen 1 di sini.
Sebaik tiba pada pukul 9 pagi, orang ramai mengambil peluang
bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara sebelum beliau memulakan
tinjauan mesra bermula di kawasan pasar ikan, daging dan sayur-sayuran
serta menyusuri gerai-gerai lain.
Najib kemudian bersama penduduk tempatan bersarapan dengan pelbagai juadah. Sambil bersarapan, orang ramai mengambil kesempatan menyapa dan menyuarakan permasalahan mereka kepada Perdana Menteri.
Turut bersama Najib pada majlis tersebut adalah beberapa pemimpin
Barisan Nasional (BN) Selangor seperti Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri
Noh Omar; Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan
Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd Fathil Daud yang juga Penyelaras
DUN Bangi.
KOMEN : MERIAH TU... KALAU BERKERJA UNTUK RAKYAT, SEGALA AGENDA BAIK AKAN DISOKONG OLEH RAKYAT...
No comments:
Post a Comment