DARI MINGGUAN MALAYSIA
1/7/2012
KUALA LUMPUR 30 Jun - Pemimpin UMNO diminta lebih berani bersuara
untuk menyerang penyangak-penyangak politik yang mengkhianati dan
menggadai masa depan orang Melayu di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,
serangan hendaklah ditumpukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden
Pas, Datuk Seri Hadi Awang kerana mereka sanggup memperalatkan agama
semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Bagaimanapun, menurut beliau, usaha itu sukar dilakukan sekiranya
sebahagian besar pemimpin UMNO, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi
parti lebih gemar memilih jalan selamat dengan berdiam diri.
"Selalunya kita lihat muka-muka yang sama seperti Presiden Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am
Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md.
Arip yang lantang bersuara menghentam pembangkang.
"Mana perginya pemimpin-pemimpin UMNO? Mungkin mereka takut disaman,
tetapi pembangkang tiada sebab untuk berbuat demikian kalau kita
bercakap atas dasar kebenaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan
majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan
Puteri UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul
Syukor dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO bahagian berkenaan iaitu Naib
Ketua, Datuk Md. Nasir Ghani; Ketua Wanita, Datuk Faridah Abu Hassan;
Ketua Pemuda, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Ketua Puteri, Sarina
Shariff.
Menurut Syed Ali, pemimpin-pemimpin UMNO sekurang-kurangnya perlu
bertindak segera menjawab dan memperbetulkan segala tohmahan serta
fitnah yang dilontarkan oleh pembangkang.
"Saya amat bimbang sekiranya keadaan ini dibiarkan berpanjangan
kerana lambat-laun, rakyat boleh terpedaya dengan fitnah pihak
pembangkang," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
Wilayah Persekutuan meminta jentera Pemuda dan Puteri UMNO, khususnya di
Bahagian Cheras mewujudkan skuad siber bagi menyerang pembangkang di
Internet.
Jelas beliau, skuad tersebut juga seharusnya bergerak secara aktif
untuk menjawab segala tohmahan pembangkang serta mengumpul pandangan
orang ramai berhubung isu-isu yang diutarakan menerusi blog dan media
sosial.
KOMEN : NANTI KALAU RAKYAT YANG TIBAI LAIN JADINYA....
No comments:
Post a Comment