Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 July 2012

BN : USAHA HARUS DITERUSKAN

BN: Persepsi rakyat semakin baik
DARI UTUSAN MALAYSIA
11/7/2012


KUALA LUMPUR 10 Julai — Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berbanding pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh pembangkang.
 
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. P Sivamurugan  berkata, perubahan persepsi itu berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi telah membuahkan hasil dan dirasai sendiri oleh rakyat.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat, majoriti rakyat kini sedar mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan BN sehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.

Program itu termasuklah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia yang kian dekat di hati rakyat.

"Program meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan keselesaan rakyat yang jelas seperti inilah yang dimahukan rakyat, khususnya pengundi di luar bandar. Bagi pengundi bandar pula, selain menikmati hasil program itu, turut menghargai ketelusan pemimpin yang mendengar masalah mereka dan berusaha mencari penyelesaian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sivamurugan berkata, banyak usaha dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam setiap lawatan dan tinjauan mesra di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan hasilnya, persepsi negatif terhadap BN telah terhakis.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun pilihan raya semakin hampir namun golongan atas pagar dilihat masih berhati-hati memilih parti yang mampu mewakili mereka meneruskan pembangunan dan bukannya menabur janji kosong.

"Walaupun dalam diam, mereka menilai apa yang dibuat oleh kerajaan BN dan apa pula yang telah dibuat oleh kerajaan pembangkang sejak 2008. Saya boleh mengandaikan BN boleh mendapat balik sokongan daripada pengundi protes pada 2008," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Abd. Manaf berkata, berdasarkan kajian sokongan yang dilaksanakan, pihaknya mendapati lebih 60 peratus belia di seluruh negara kini mula menyokong BN.

Ini kerana persepsi buruk yang dilemparkan oleh pembangkang kononnya kerajaan BN zalim, menindas dan mengabaikan rakyat termasuk golongan belia ternyata tidak dapat mempengaruhi mereka.

Katanya, ini kerana golongan belia sendiri sudah merasai satu demi satu hasil usaha kerajaan BN, baik ke atas diri mereka mahupun keluarga mereka. - BERNAMA

KOMEN : RAKYAT AKAN RUGI JIKA MEMILIH PARTI POLITIK SELAIN BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13 NANTI...

No comments: