Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 14 March 2014

Anwar perlekeh badan kehakiman di Dewan Rakyat






KUALA LUMPUR 13 Mac - Tidak cukup dengan berceramah di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempergunakan Dewan Rakyat pula sebagai pentas untuk memperlekehkan badan kehakiman negara.

Ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang itu mengambil kesempatan mempertikaikan prosiding Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mendapati beliau bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bukan sahaja tidak berpuas hati dengan peguam terkenal, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan, malah mempersoalkan tindakan Hakim Datuk Aziah Ali mengetuai pengurusan kes berkenaan.

"Mana pernah dalam sejarah, case management diketuai oleh Hakim Aziah sendiri," katanya.

Anwar juga mempertikaikan keputusan mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan keputusan sehingga 8 Mac lalu.

"Hendak tangguh satu hari pun tak boleh. Tangguh satu hari, selisih dengan penamaan calon di Kajang," ujarnya.

Beliau juga cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan isu yang dibangkitkan tidak berkaitan dengan soal hukuman penjara.

"Jangan ingat nak ugut saya takut masuk penjara. Saya dah duduk lapan tahun dalam penjara," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140314/pa_02/Anwar-perlekeh-badan-kehakiman-di-Dewan-Rakyat#ixzz2vtm7wNJs  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : 1. Dia bercakap/meroyan di Parlimen kita tak boleh saman dia sebab ada imuniti sebagai MP
2. Berapa banyak kali nak tangguh lah... bila KES LIWAT KAU nak selesai ?
2. Tak takut konon? Kalau berani sangat tak payahlah buat RAYUAN untuk terus menipu HAKIM dan RAKYAT. 
3. Dia ni semua orang salah, bodoh, banggang, tak tahu undang-undang walaupun berjawatan HAKIM, tak faham maksud 4cm, ikut perintah kerajaan... UMNO lah yang salah tu... sendiri buat HAL orang lain juga yang SALAH..
4. Ingatkan tak sedar diri tu bekas BANDUAN... Jiwa sakit tak terkawal... sudah-sudahlah tu...

No comments: