Lebih 15,000 dijangka hadir jamuan rakyat bersama PM di Pulau Pinang
2011/04/01
GEORGETOWN: Lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum dijangka menghadiri majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Balik Pulau dekat sini sebagai meraikan lawatan sehari Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang esok.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata majlis jamuan secara terbuka kepada semua rakyat itu diadakan di perkarangan Masjid Permatang Pasir di Balik Pulau.
"Masakan lauk pauk lebih 1,000 ekor ayam dan 100 ekor lembu itu disediakan secara gotong-royong dan kita pelawa rakyat dari seluruh negeri untuk menghadiri majlis itu bagi bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, Najib juga dijangka menyampaikan amanat ringkas untuk rakyat Pulau Pinang sempena lawatannya pada majlis itu yang dijangka diadakan pada 12 tengah hari.
Perdana Menteri dijangka, tiba pada jam 9.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan memulakan lawatan bertemu 500 pemandu teksi di negeri ini.
Najib kemudiannya akan membuat tinjauan mesra di Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak sebelum menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Balik Pulau itu.
Pada sebelah petang pula, Najib dijadual bertemu dengan pemimpin BN negeri di Hotel Equatorial sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di hotel yang sama. Beliau juga dijangka menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas ke ibu negara pada 11 malam. - BERNAMA

KOMEN : BILA LAGI NAK BERUBAH? SEKARANGLAH MASANYA. KERAJAAN PULAU PINANG YANG ADA SEKARANG PUN BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT. TAKAN TAK SERIK LAGI DAN MASIH NAK DUDUK BAWAH PUAK PEMBANGKANG?
No comments:
Post a Comment