Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 20 April 2011

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.4.2011






Sty Deyana Suhailah Mat Desa (kanan) menerima anugerah daripada Rektor UiTM Perak, Prof. Dr. Zainab Mohamed di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.



SERI ISKANDAR 19 April - Mahasiswa tahun satu Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Sty Deyana Suhailah Mat Desa, 21, muncul sebagai pemenang program Pengacara Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011.

Program yang antara lain bertujuan mencungkil bakat pengacaraan itu terdiri daripada tiga peringkat saringan dan disertai lebih 50 mahasiswa UiTM Perak daripada pelbagai fakulti.

Sty Deyana Suhailah memulakan cabaran pertama di peringkat saringan dengan mengendalikan sebuah rancangan temu bual sambil mengupas isu pelajar dan fesyen.

Anak kepada pasangan Mat Desa Hashim, 57, dan Abadah Ramli, 56, itu kemudiannya meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir dengan mengacara sebuah majlis rasmi perkahwinan olok-olok di hotel.

"Terdapat dua tugasan pada peringkat akhir. Pertamanya saya menjalani satu rakaman video untuk sesi membaca berita selama lima minit.

"Untuk tugasan kedua pula, saya dikehendaki mengacarakan satu majlis 'karpet merah' Anugerah Skrin secara spontan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sty Deyana Suhailah yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik dalam Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009, bagaimanapun mengakui masih gementar untuk mengacarakan sesebuah majlis.

Namun, katanya, dia berusaha mengatasi perasaan tersebut melalui latihan serta dorongan daripada rakan-rakan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu yang amat meminati pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Datuk Mahathir Lokman berpendapat, kebolehan berinteraksi dengan penonton melalui kepelbagaian ton suara penting bagi menghidupkan sesebuah rancangan.

No comments: